BANDUNG, INDONESIA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menegaskan, beliau taat pada tuntutan Perlembagaan dan tidak akan menurut kehendak dan desakan agar beliau terus kekal memimpin negara itu untuk penggal ketiga, lapor portal berita CNN Indonesia.

Menurut Jokowi, Perlembagaan Indonesia membuat ketetapan tempoh masa seseorang Presiden nenerajui negara itu ialah dua penggal sahaja.

Justeru, kata Jokowi, beliau akan patuh pada aturan tersebut.

"Sekali lagi, saya akan selalu taat pada Perlembagaan dan kehendak rakyat. Saya ulangi, saya taat Perlembagaan dan kehendak rakyat," kata Jokowi ketika berucap pada majlis Musyawarah Rakyat Indonesia (Musra), di sini, hari ini.

Semasa menyampaikan ucapan itu, Jokowi turut ketawa mendengar teriakan para relawan memintanya untuk kembali memimpin Indonesia pada 2024.