awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluru berpandu antikereta kebal 'KARAOK' diserah kepada ATM awal 2026

Bernama
Bernama
08/05/2024
11:40 MYT
Peluru berpandu antikereta kebal 'KARAOK' diserah kepada ATM awal 2026
KARAOK (tengah) dipertontonkan kepada umum pada pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024. -Bernama
KUALA LUMPUR: Syarikat pertahanan Turki, Roketsan akan menyerahkan kumpulan pertama sistem peluru berpandu jarak dekat antikereta kebal 'KARAOK' kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada awal 2026.
Pengurus Serantau bagi Asia Tengah dan Timur Jauh Roketsan, Chumur Murat Boz berkata, dengan penghantaran itu, Malaysia akan menjadi negara luar pertama memperoleh peluru berpandu antikereta kebal terbaharu syarikat berkenaan yang digunakan tentera Turki.
"Terdapat permintaan besar untuk sistem antikereta kebal mudah alih dan pertahanan udara di seluruh dunia. Malaysia akan menjadi penghantaran pertama kami untuk KARAOK.
"Tahun lepas kami menandatangani kontrak dan mengikut kontrak itu, ia akan dihantar pada awal 2026.
"Kami tidak melihat ATM sebagai pelanggan tetapi sebagai rakan strategik kami...kami ingin menambah nilai serta menyumbang kepada keselamatan dan kedaulatan Malaysia serta angkatan tenteranya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama di luar acara pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di sini hari ini.
Pada tahun lepas Kementerian Pertahanan secara rasmi memilih KARAOK bagi memenuhi keperluan sistem peluru berpandu antikereta kebal negara.
Ia bagi menggantikan sistem peluru berpandu antikereta kebal jarak sederhana keluaran Rusia, Metis-M (AT-13 Saxhorn) yang digunakan Tentera Darat sejak 20 tahun lepas.
Selain dilengkapi dengan mod pelancaran fire and forget, KARAOK direka untuk membedil kereta kebal atau kenderaan berperisai pada jarak maksimum 2.5 kilometer melalui kaedah serangan terus dan serangan bahagian atas, seumpama peluru berpandu antikereta kebal buatan Amerika, FGM-148 Javelin.
Mengulas lanjut Boz berkata Roketsan akan menyediakan program latihan intensif kepada anggota ATM sebelum penghantaran KARAOK.
"Kami juga akan menyediakan latihan untuk jurulatih supaya mereka dapat melatih jurulatih seterusnya," katanya sambil menambah ia akan dijalankan secara simulator dan latihan dunia sebenar.
Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan kuantiti KARAOK yang diperoleh Malaysia serta nilai kontraknya.
Sebelum ini dilaporkan perolehan itu melibatkan 18 pelancar sistem bersama lebih 100 peluru berpandu antikereta kebal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#Roketsan
#sistem peluru berpandu jarak dekat
#antikereta kebal 'KARAOK'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan