Anak sulung dari empat beradik ini memiliki auranya tersendiri hingga mendapat perhatian mata pena media sosial.
Jokowi mendapat pendidikan di sebuah SD Negeri di Tirtoyoso, SD Negeri 112.
Sekolah tersebut bukanlah sekolah elit, melainkan dikenal sebagai sekolah untuk kalangan menengah ke bawah.
Sememangnya Jokowi dilahirkan dari keluarga yang sederhana bukan mewah.
Kisah hidup sederhana itu menjadi inspirasi terutama ketika beliau mengalami kesusahan waktu remajanya namun kini hidupnya berubah 360 darjah apabila menjadi orang nombor satu buat rakyat Indonesia.
Tidak terus menongak ke langit, pada awal Januari ketika sambutan tahun baru 2017, gambar beliau pernah tular kerana memuatnaik gambarnya duduk di tembok batu dengan hanya memakai kemeja dan kain pelikat berlatar belakangkan bunga api di Bogor, Jawa Barat.
Kini sekali lagi, beliau menjadi tumpuan netizen apabila gambar sewaktu remaja tular di media sosial.
Status facebook Jokowi memuat naik gambarnya ketika remaja hanya gemar menerokai alam semulajadi bukan seperti gambar yang tular di media sosial.
Pelbagai variasi gambar klasik yang mendakwa bapa kepada tiga anak ini adalah peminat lagu rock dengan gaya rambut terpacak ala punk.
Menurut pelayar Twitter ILo Sanre, menyatakan gambar berkenaan itu bernama Jokowi yang kini adalah Presiden Indonesia dan mendapat 4,000 'retweet' dan 3,500 tanda suka.
Netizen turut mengaitkan gaya rambut ala punk bukan penentu kepada kehidupan seseorang pada masa akan datang sebaliknya perlu berusaha seperti mana hidup Jokowi.
Namun di laman sosial Facebook Jokowi telah menafikan susuk tubuh dan gambar tersebut bukan dirinya.
"Saya pastikan itu bukan foto saya. Saya tidak seganteng itu di masa muda. Hehehe.
"Sebenarnya, pada usia seperti itu, saya lebih senang ke gunung, menerokai alam semulajadi, bersama kawan-kawan. Kami berjalan ke hutan, berkhemah, berbekal ala kadarnya seperti mi instan," katanya.