KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Che'gubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Peguam, Rafique Rashid Ali, yang mewakili Badrul Hisham ketika dihubungi Bernama berkata, anak guamnya akan didakwa pada jam 9.30 pagi.
Menurut peguam itu, beliau menerima pengesahan berhubung perkara itu dari pihak Bukit Aman.
Rafique Rashid berkata, Badrul Hisham akan berdepan pertuduhan mengeluarkan kenyataan memfitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan satu lagi pertuduhan menghasut mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
"Kenyataan memfitnah oleh pemilik akaun Facebook Chegu Bard yang menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pertuduhan menghasut berhubung isu pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd mengadap Sultan Ibrahim," kata peguam itu.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Che'gubard ditahan dan reman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
"Tangkapan berhubung hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dengan isu pembinaan kasino di Forest City serta melibatkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai benteng kritikan," katanya dalam kenyataan.
- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut. - Gambar fail/Sinar Harian
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo atas tuduhan palsu - MCMC
MCMC memaklumkan laporan polis itu dibuat berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di media sosial pada 17 April lepas.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Jom Ziarah Gereja: Hannah Yeoh akan dipanggil polis
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya akan memanggil Hannah dalam masa terdekat.
Paya Indah Wetlands: SAMM mahu ambil tindakan undang-undang - Chegubard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengambil tindakan undang-undang selepas siasatan mereka mengenai status Paya Indah Wetlands selesai.
Merusuh: Chegubard, Adam Adli, Muhammad Safwan, 7 individu didenda RM6,000
Hakim membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap mereka.
Azmin nafi dakwaan peruntukan RM9.7 juta baiki pintu gerbang tidak telus
Azmin Ali nafi dakwaan peruntukan RM9.7 juta bagi kerja mencantikkan pintu gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuh Raya Persekutuan dikeluarkan secara tidak telus.
Siapa Chegubard cabar Dr. Mahathir debat?
Kisah Chegubard yang mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudiannya cabaran itu tidak dilayan mencetus reaksi sinis dunia politik.
Kenapa layanan tidak sama antara saya dan Azmin? - Chegubard
Chegubard hari ini mempertikai 'keistimewaan' yang diterima Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali di dalam parti itu sendiri.