Skip to main content

Dunia

"Saya tidak fikir kedudukan kewangan rakyat Amerika," kata Donald Trump

U.S. President Donald Trump speaks to the press, ahead of departing the White House for Joint Base Andrews en route to Beijing, China, in Washington, D.C., U.S., May 12, 2026. REUTERS/Evelyn Hockstein
Presiden Trump menjawab soalan wartawan di pekarangan White House, Washington, sebelum berlepas ke China, pada Selasa. - Gambar Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau “tidak memikirkan kedudukan kewangan rakyat Amerika” dalam konteks perang negaranya dengan Iran, sambil menegaskan usaha menghalang Tehran daripada memiliki senjata nuklear sebagai keutamaan utama.

Ketika ditanya oleh seorang wartawan sejauh mana situasi ekonomi di Amerika Syarikat, yang kini berdepan peningkatan inflasi, mendorong beliau untuk mencapai perjanjian dengan Iran, Trump menjawab: “Tidak sama sekali.”

“Perkara yang penting apabila saya bercakap mengenai Iran ialah: Mereka tidak boleh memiliki senjata nuklear,” katanya.

Trump seterusnya diasak oleh wartawan lain mengenai sama ada beliau mempertimbangkan kesan kewangan perang tersebut terhadap rakyat Amerika, namun beliau menegaskan, “setiap rakyat Amerika memahami” bahawa Iran tidak boleh dibenarkan memiliki senjata nuklear.

Konflik dengan Iran dilaporkan telah menyebabkan kenaikan harga makanan dan bahan api, sekali gus menjadikan kehidupan seharian rakyat Amerika di seluruh negara semakin mencabar. - Agensi

Must Watch Video