Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada Jumaat memaklumkan kepada presiden Amerika Syarikat Barack Obama bahawa beliau tidak pernah menggelarnya ‘anak haram’, lapor Reuters.
Obama membatalkan janji temu yang diatur bersama Duterte pada persidangan Asean di Laos minggu ini selepas pemimpin Filipina itu mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa Tagalog yang dilihat seolah dihamburkan kepada presiden negara Uncle Sam itu.
Sewaktu lawatan ke Indonesia Jumaat lepas, Duterte memberitahu sekumpulan rakyat Filipina bahawa kecaman itu tidak ditujukan kepada presiden Amerika Syarikat dan beliau harus memberitahunya kepada Obama.
“Saya sudah bersedia (bertemu Obama). Saya menunggu respons daripada Obama. Peguam dengan peguam, lagipun kami bukan peguam. Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan. Sila periksa. Saya ada berkata begitu namun tiada kaitan dengan Obama.”
“Saya tidak mahu melawan Amerika,” kata Duterte.
Obama dan Duterte berjabat tangan dan berbual seketika pada Rabu, dan sumber mengatakan ketegangan kian reda di antara mereka.
Duterte dilaporkan berang pada Isnin ketika mempertahankan pendirian beliau memerangi dadah yang mengakibatkan hampir 2,400 rakyat Filipina terbunuh.
Agensi
Fri Sep 09 2016
Presiden Filipina Rodrigo Duterte pada Jumaat memaklumkan kepada presiden Amerika Syarikat Barack Obama bahawa beliau tidak pernah menggelarnya anak haram. -Gambar fail
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Saya tidak pernah gelar Obama 'anak haram' - Duterte
Presiden Filipina Rodrigo Duterte memberitahu presiden Amerika Syarikat Barack Obama bahawa beliau tidak pernah memanggilnya anak haram.