WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berkata banyak perkara paling mendesak dan penting untuk mendapatkan Washington dan Iran kembali mematuhi perjanjian nuklear 2015 telah dipersetujui secara umum, lapor Agensi Anadolu.
"Isu-isu besar telah sebahagian besarnya diselesaikan," kata jurucakap Jabatan Negara Ned Price kepada pemberita.
Ia termasuk menamatkan sekatan yang dikenakan AS ke atas Iran di bawah Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) dan sekatan yang Iran perlu terima dalam program nuklearnya, kata Price.
"Apa yang boleh dirunding telah dirundingkan," katanya.
Rundingan tidak langsung antara Iran dan AS, dengan Kesatuan Eropah (EU) sebagai perantara, berakhir di Vienna awal bulan ini dengan mencapai draf perjanjian. Iran mengemukakan responsnya kepada teks draf EU yang bertujuan untuk menyelamatkan perjanjian itu, yang sedang diteliti oleh blok itu.
Price berkata AS telah menerima maklum balas Iran mengenai teks draf ketua dasar luar EU Josep Borrell dan meneruskan dengan undingan bersama EU dan negara-negara Eropah "untuk langkah seterusnya."
"Kami bersetuju dengan perkara asas Borrell," kata Price. "Kami akan terus meneliti perkara yang telah dikemukakan. Kami akan terus berunding rapat dengan EU dan sekutu Eropah kami, rakan kongsi lain, dan akan berkongsi lagi jika ada perkara lain mengenainya."
Bekas Presiden Donald Trump secara sepihak menarik keluar AS daripada JCPOA pada 2018 dan meneruskan apa yang disebut beliau dan pentadbirannya sebagai kempen tekanan maksimum untuk membawa Tehran kembali ke meja rundingan bagi merangka perjanjian yang lebih komprehensif.
Usaha itu gagal dengan Iran bertindak sebaliknya.
Berikutan tindakan Trump yang mengenakan semula sekatan menyeluruh, dan penambahan penalti ekonomi baharu terhadap Iran, negara itu berundur daripada komitmen berkaitan nuklearnya di bawah JCPOA.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
Ned Price berkata, apa yang boleh dirunding telah dirundingkan di Vienna. - Gambar fail/Reuters
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Sebahagian besar isu utama perjanjian nuklear Iran selesai - AS
Rundingan tidak langsung antara Iran dan AS, dengan Kesatuan Eropah sebagai perantara, berakhir di Vienna awal bulan ini dengan mencapai draf perjanjian.
Rundingan Perjanjian Nuklear hampir capai kata sepakat
Rundingan bergerak ke arah yang betul dan bilangan isu yang tidak dapat diselesaikan adalah minimum.
Aktiviti nuklear: Sikap Iran didakwa mengancam keamanan
Sejak kegagalan Perjanjian Nuklear 2015, Iran mula memperkaya uranium ke tahap 60 peratus.
Perjanjian nuklear: Iran selar Eropah gagal tawar penyelesaian
Rundingan disambung semula di Vienna untuk cuba memulihkan pakatan nuklear dengan kedua-dua pihak cuba mengukur prospek kejayaan selepas perbincangan terkini.
Perjanjian Nuklear: Iran serius runding dengan kuasa dunia - Presiden
Ebrahim Raisi berkata, persetujuan boleh dicapai sekiranya pihak lain juga serius mengenai penghapusan sekatan AS ke atas mereka.
Masa semakin suntuk untuk hidupkan semula perjanjian nuklear
Tiada sebarang perkembangan dicatat sejak rundingan bagi menghidupkan semula Perjanjian Nuklear 2015 bersambung di Vienna.
IAEA dakwa Iran jalankan aktiviti nuklear
Tindakan ini tegas agensi itu, mencabuli perjanjian nuklear yang dimeterai pada 2015.
Negara blok barat desak Iran patuhi Perjanjian Nuklear 2015
Ini termasuk hentikan aktiviti pengayaan uranium kepada tahap penghasilan senjata.
Ebrahim Raisi presiden baharu Iran
Ebrahim Raisi kini secara rasminya memenangi Pilihan Raya Presiden Iran selepas memperoleh 62 peratus undi.
Diplomat akui rundingan nuklear Iran memberangsangkan
Namun negara terlibat mendedahkan masih banyak mesyuarat susulan perlu dilaksanakan sebelum persetujuan dicapai.