awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian besar warga UK patuh arahan penjarakan sosial

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2020
21:57 MYT
Sebahagian besar warga UK patuh arahan penjarakan sosial
Hancock (tengah) berkata sebahagian besar masyarakat mematuhi SOP ditetapkan walaupun ia sukar dilaksanakan di beberapa kawasan. -Foto Reuters
Sebilangan besar warga UK melakukan perkara yang betul setelah sektor perhotelan, pub, restoran kembali dibuka buat pertama kali selepas tiga bulan ditutup akibat COVID-19.
Menurut Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock, petunjuk awal pembukaan pub di England pada Sabtu tidak memberi tekanan kepada perkhidmatan hospital seperti yang dibimbangkan ramai pihak apabila sekatan dilonggarkan.
"Namun keseluruhan rancangan adalah sentiasa melalui pelonggaran sekaran dan cuba untuk melonggarkan tindakan nasional, tetapi juga jelas bahawa kita akan menangani kes tempatan bila kita melihatnya.
“Kita telah melihatnya di beberapa kawasan dan telah mengambil tindakan serta langkah yang disasarkan. Jika ia tidak berkesan, kita bersedia sepenuhnya untuk mengambil tindakan seperti yang kita ambil di Leicester.
"Kita telah memastikan virus ini terkawal. Jumlah jangkitan baru kurang daripada 600 kes pada data terakhir. Jadi ini benar-benar menurun dari segi jumlah kes positif yang kita temui.
"Itu berita baik tetapi kita juga harus memiliki ketahanan dan tekad untuk mematuhinya dan berhati-hati dalam bagaimana kita menikmati kebebasan baru ini,” kata Hancock.
Sebahagian besar masyarakat mematuhi SOP ditetapkan walaupun ia sukar dilaksanakan di beberapa kawasan.
Ketua Polis Persekutuan, John Apter yang melakukan rondaan di bandar Southamton menyatakan individu mabuk mengabaikan SOP penjarakan sosial.
Walaupun pelonggaran itu disambut baik ramai pihak, namun terdapat kebimbangan kerajaan UK terburu-buru dalam membenarkan perubahan sekatan.
UK merupakah salah satu negara yang merekodkan jumlah kes COVID-19 tinggi dengan angka positif melebihi 286,000 dan 44,000 kematian.
Topic Berkaitan
#Britain
#COVID-19
#Hospital
#kes positif
#koronavirus
#Matt Hancock
#penjarakan sosial
#SOP
#warga UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan