awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Segera bawa keluar pelajar Malaysia dari Yaman - ABIM

Bernama
Bernama
21/09/2014
23:31 MYT
Segera bawa keluar pelajar Malaysia dari Yaman - ABIM
Tindakan membawa keluar itu perlu kerana pergolakan yang melibatkan pertempuran antara kumpulan Houthis dan tentera kerajaan kini merebak ke Sana'a, ibu negara Yaman.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa Kementerian Luar mengambil tindakan segera mengeluarkan pelajar Malaysia dari Yaman.
Naib Presidennya Mohamad Raimi Ab Rahim, dalam satu kenyataan berkata tindakan itu perlu kerana pergolakan yang melibatkan pertempuran antara kumpulan Houthis dan tentera kerajaan kini merebak ke Sana'a, ibu negara Yaman.
Kementerian Luar sebelum ini berkata kira-kira 440 pelajar Malaysia di negara itu ditempatkan di sebuah bangunan yang disediakan kedutaan di Sana'a demi keselamatan mereka.
"ABIM merasakan tindakan itu hanyalah sementara dan rakyat Malaysia masih lagi dalam keadaan bahaya. Oleh itu, kementerian perlu bertindak dengan menyediakan pesawat tentera khas untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari Yaman pulang ke tanah air," kata Mohamad Raimi.
Ketidakstabilan politik kini melanda Yaman selepas wujudnya gerakan untuk mendesak kerajaan Yaman supaya berundur.
Laporan terbaharu media antarabangsa menyebut Perdana Menteri Yaman Mohamed Basindwa telah meletak jawatan di tengah-tengah kemelut yang melanda negara berkenaan.
Topic Berkaitan
#ABIM
#Mohamad Raimi Ab Rahim
#Sanaa
#Wisma Putra
#Yaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan