awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah di Afghanistan dibuka tanpa pelajar perempuan

Agensi
Agensi
23/03/2023
23:15 MYT
Sekolah di Afghanistan dibuka tanpa pelajar perempuan
Pelajar-pelajar perempuan di Afghanistan hanya berpeluang mendapat pendidikan sehingga Gred 6 sahaja dan kerajaan masih kekal tidak membenarkan golongan itu menghadiri pengajian peringkat menengah. - Gambar fail REUTERS
KABUL: Sesi persekolahan tahun akademik baharu di Afghanistan sudah dibuka, namun, begitu pemerintahan Taliban masih menafikan peluang untuk pelajar-pelajar perempuan daripada menghadiri kelas di peringkat menengah.
Portal berita Al Jazeera melaporkan, Menteri Pendidikan Habibullah Agha mengesahkan perkara itu berkata, pelajar-pelajar perempuan hanya berpeluang mendapat pendidikan sehingga Gred 6 sahaja dan kerajaan masih kekal tidak membenarkan golongan itu menghadiri pengajian peringkat menengah.
Di negara berkenaan, hanya madrasah atau sekolah pengajian agama Islam sahaja yang terbuka kepada pelajar-pelajar perempuan dari semua lapisan usia.
Menurut Yada, seorang pelajar Gred 9 di Kabul memberitahu Al Jazeera, madrasah merupakan pusat pengajian paling tepat sekali utuk meningkatkan pengetahuan agama.
“Tetapi, madrasah tidak boleh membantu saya bergelar seorang doktor, perkara itu hanya boleh dilakukan di sekolah,” kata Yada.
Sementara mimpi dan keinginan Sara yang berada di Gred 10 pula semoga sekolah-sekolah dibuka sepanjang masa.
“Semoga satu hari nanti sekolah akan dibuka (untuk pelajar-pelajar perempuan) dan pembelajaran saya akan terus berkembang. Harapan saya tidak pernah hilang,” ujarnya.
Sejak berkuasa pada Ogos 2021, pemerintah Taliban begitu tegas dalam melaksanakan pemerintahan Islam.
Tindakan tidak membenarkan pelajar perempuan melanjutkan pendidikan di peringkat menengah dikuatkuasakan pada Mac tahun lalu oleh Taliban, hanya beberapa jam selepas Kementerian Pendidikan membuka semula sekolah untuk pelajar perempuan dan lelaki.
Tidak ada mana-mana negara yang majoriti penduduknya beragama Islam menafikan hak Pendidikan kepada kaum wanita.
Taliban juga, lapor portal itu, mengharamkan wanita melanjutkan pengajian di universiti pada Disember lalu.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Taliban
#sekolah di Afghanistan
#pelajar perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan