awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah di AS gaji guru tidak berkelayakan - Kajian

Bernama
Bernama
25/08/2023
08:04 MYT
Sekolah di AS gaji guru tidak berkelayakan - Kajian
Kekurangan guru di AS telah meningkat 35 peratus kepada lebih 49,000 kekosongan setakat ini. - Gambar hiasan
NEW YORK: Banyak negeri di Amerika Syarikat (AS) menurunkan syarat pekerjaan berikutan terdapat lebih 36,500 kekosongan jawatan guru di 37 negeri di AS dan Washington, D.C. untuk sesi persekolahan 2021-2022.
Kekurangan telah meningkat 35 peratus kepada lebih 49,000 kekosongan setakat ini, lapor Xinhua memetik The Washington Post pada Khamis yang memetik penyelidikan Kansas State University.
"Masalah kekurangan guru semakin kritikal di beberapa negeri bukan disebabkan pandemik, sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada trend yang membimbangkan dengan guru berhenti kerana medapat pekerjaan yang menawarkan gaji lebih tinggi, manakala calon sedia ada tidak mencukupi untuk menggantikan mereka.
"Sekolah semakin bergantung kepada tenaga pengajar yang tidak cukup kelayakan, tiada pendidikan kolej atau guru bertauliah tetapi mengajar bidang di luar kepakaran mereka, manakala ada guru berkelayakan bertukar lebih cepat berbanding yang tidak terlatih," menurut laporan itu.
Mereka yang tidak mempunyai latihan perguruan tidak mempunyai kemahiran mengurus bilik darjah yang baik seperti keupayaan untuk memgembalikan fokus dalam kelas selepas gangguan.
Kemahiran ini semakin penting, terutama apabila salah laku di sekolah semakin meningkat dan boleh memburukkan lagi masalah, menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru tidak berkelayakan
#Amerika Syarikat
#kekurangan guru
#masalah guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan