awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 34 maut akibat ribut di Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
17/03/2025
03:45 MYT
Sekurang-kurangnya 34 maut akibat ribut di Amerika Syarikat
Penduduk ketika mencari barangan peribadi yang masih boleh digunakan dalam rumah yang musnah selepas puting beliung melanda Alabama, AS pada Ahad. - Foto AP
WASHINGTON: Ribut teruk melanda kawasan selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang hujung minggu, mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang, termasuk 12 di negeri Missouri serta mencederakan puluhan yang lain, lapor agensi berita Jerman dpa.
Amaran puting beliung kini berkuat kuasa di sebahagian Florida, Georgia dan lima negeri lain sehingga petang Ahad.
Perkhidmatan cuaca AS memberi amaran bahawa cuaca buruk dijangka melanda sebahagian Pantai Timur pada Ahad.
Gabenor Georgia Brian Kemp mengisytiharkan darurat negeri dan menggesa penduduk untuk bersiap sedia. Penduduk di kawasan berisiko tinggi dinasihatkan berlindung di bangunan dengan perlindungan bawah tanah dan mengelakkan rumah mudah alih.
Ribut bermula pada Jumaat. Sebanyak lebih 40 puting beliung direkodkan di lapan negeri - Missouri, Arkansas, Mississippi, Louisiana, Illinois, Tennessee, Alabama dan Indiana.
Penduduk menyelamatkan diri dengan kenderaan mereka apabila ribut debu menghampiri, menyebabkan kemalangan membabitkan puluhan kenderaan. Di Kansas, 50 kenderaan bertembung dalam satu siri nahas pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang.
Di banyak kawasan, ribut bukan sahaja memusnahkan rumah dan kenderaan, tetapi turut menyebabkan gangguan bekalan elektrik. Laman sesawang PowerOutage Amerika Syarikat melaporkan lebih 230,000 isi rumah terjejas di lima negeri pada Ahad.
Angin kencang juga telah memburukkan lagi kebakaran hutan sedia ada. Di Oklahoma sahaja, ratusan kebakaran dilaporkan berlaku, melibatkan kawasan seluas 170,000 hektar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut
#Amerika Syarikat
#angka korban
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan