awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 7 maut hujan monsun di Bangladesh

Bernama
Bernama
08/08/2023
03:20 MYT
Sekurang-kurangnya 7 maut hujan monsun di Bangladesh
Jalan utama di Dhaka, Bangladesh dinaiki air akibat hujan lebat yang melanda negara itu. - Foto REUTERS
DHAKA: Hujan lebat dan tanah runtuh di bandar pantai Cox's Bazar dan tenggara daerah Bandarban di Bangladesh membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang, termasuk empat pelarian Rohingya, kata pegawai pada Isnin.
Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Pertahanan Awam di Cox's Bazar, Atish Chakma mengesahkan tanah runtuh telah mencederakan seorang lelaki dan mengakibatkan kematian seorang wanita Rohingya dan anak perempuannya berusia setahun dari kem pelarian Rohingya di Ukhiya.
Dua lagi kanak-kanak maut dalam runtuhan sebahagian gunung di kampung terpencil Chakaria di Cox's Bazar, seorang pegawai polis, Muzibur Rahman, memberitahu Agensi Anadolu.
Seorang lagi lelaki maut ketika menyeberangi sungai untuk mengutip kayu di lokasi sama, menurut Pengerusi Chakaria Upazila Fazlul Karim Saidi.
Tanah runtuh di Alikadam di daerah Bandarban mengorbankan dua lagi etnik Rohingya, kata Pesuruhjaya Bantuan dan Penghantaran Pulang Pelarian Mohammed Mizanur Rahman.
"Penyelarasan sedang dibuat untuk menempatkan semula pelarian Rohingya di kawasan yang terdedah kepada banjir kilat dan tanah runtuh. Kira-kira 100 orang Rohingya telah dipindahkan daripada kawasan terdedah bencana ke tempat yang lebih selamat," tambahnya.
Menurut pentadbiran daerah Bandarban, lebih 8,000 orang telah berlindung di pusat perlindungan kerajaan.
Lebih 200,000 orang di daerah Cox's Bazar telah terjejas akibat hujan berterusan, kata Timbalan Pesuruhjaya Muhammad Shaheen Imran pada sidang media pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#tanah runtuh
#kematian
#monsun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan