awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 15 maut, tanah runtuh di lombong zamrud Myanmar

Agensi
Agensi
15/07/2018
15:16 MYT
Sekurang-kurangnya 15 maut, tanah runtuh di lombong zamrud Myanmar
Puluhan lagi dilaporkan cedera di lokasi perlombongan dengan nilai pengekuaran berbilion-bilion dolar itu.
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh di utara Myanmar apabila satu kejadian tanah runtuh berlaku di sebuah kawasan perlombongan permata zamrud di Hpakant.
Puluhan lagi dilaporkan cedera di lokasi perlombongan dengan nilai pengekuaran berbilion-bilion dolar itu, lapor Reuters.
Pelombong yang sedang sibuk mencari mineral bernilai tinggi itu tertimbus dengan limpahan tanah dan lumpur dari sebuah tebing yang runtuh, ujar pentadbir Hpakant, Kyaw Swar Aung.
Usaha mencari dan menyelamat di lokasi bernama Lone Khin itu bagaimanapun dihentikan sementara selepas 15 mayat berjaya dikeluarkan. Sementara itu, 45 orang yang cedera pula telah digegaskan ke hospital berdekatan," ujarnya.
“Kami menghentikan misi pencarian pada jam 5.30 petang dan akan menyambungnya pada keesokan hari,” ujarnya yang turut meminta pihak berkuasa mendapatkan maklumat individu hilang dari penduduk setempat.
Menurutnya, pelombiong yang menjadi mangsa itu tidak bekerja untuk syarikat berkenaan.
Pelombong permata yang tidak rasmi, atau ‘pelombong yang menggunakan tangan’, sering menjadi mangsa apabila terperangkap dalam kawasan lombong yang tidak dikawal selia.
Pada Mei, sekurang-kurangnya 14 pelombong terbunuh dalam insiden yang seumpamanya di kawasan yang sama, manakala lebih dari 100 orang maut di Hpakant pada 2015.
Setiausaha parti pemerintah Liga Demokrasi Nasional, Han Thar, di Hpakant, memberitahu Reuters lebih ramai orang dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan tersebut.
“Mungkin terdapat kira-kira 100 orang. Apabila tanah itu meruntuh ke dalam kolam, para pekerja lombong itu turut tertimbus,” ujarnya.
Kumpulan sokongan alam sekitar Global Witness meletakkan nilai pengeluaran permata zamrud di Myanmar sekitar AS$31 bilion pada 2014. Pakar berkata, kebanyakan batu berharga itu diseludup ke China.
Topic Berkaitan
#batu permata
#Myanmar
#pekerja tertimbus
#pelombong
#pengekluar permata
#tanah runtuh
#zamrud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan