awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 30 terkorban dalam serangan udara di Ukraine

Bernama
Bernama
30/12/2023
08:48 MYT
Sekurang-kurangnya 30 terkorban dalam serangan udara di Ukraine
Infrastruktur kritikal Ukraine dan kemudahan perindustrian serta ketenteraan diserang semasa serangan udara itu. - Reuters
KYIV: Rusia dilaporkan telah melancarkan serangan udara ke atas Ukraine pada Jumaat, mengorbankan sekurang-kurangnya 30 nyawa dan mencederakan lebih 160 lagi.
Sekurang-kurangnya 53 mangsa diselamatkan daripada runtuhan bangunan pada pagi Jumaat, kata Menteri Dalam Negeri Ihor Klymenko dalam hantaran di Telegram.
Kakitangan Am Angkatan Tentera Ukraine mendakwa Rusia telah melancarkan 158 dron dan peluru berpandu terhadap Ukraine manakala 115 daripadanya telah dipintas setakat ini.
Infrastruktur kritikal Ukraine dan kemudahan perindustrian serta ketenteraan diserang semasa serangan udara itu.
Di Kyiv, sembilan orang disahkan terbunuh dan 28 lagi cedera, kata Datuk Bandar Vitali Klitschko.
Kebanyakan mangsa terkorban apabila sebuah gudang di daerah Shevchenkivskiy terbakar selepas terkena serpihan peluru berpandu yang dipintas.
Kematian turut dilaporkan di bandar Dnipro di tengah Ukraine, bandar selatan Odesa dan Zaporizhzhia, dan bandar timur Kharkiv.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ukraine
#serangan udara
#Infrastruktur
#mangsa korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan