PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump muncul di khalayak ramai selepas ujian saringan mengesahkan beliau negatif daripada COVID-19.

Trump kembali menaiki pentas di Stanford, Florida buat pertama kali untuk kempen pemilihan semula Presiden sejak beliau positif COVID-19 pada 1 Oktober lalu.

Ribuan penyokongnya menyambut kehadiran Trump dengan sorakan sambil Trump melontarkan bungkusan pelitup muka kepada mereka.

Trump menjadikan pentas kempennya sebagai medan mempertahankan tindakannya dalam mengendalikan pandemik yang sehingga kini telah membunuh 215,000 rakyat Amerika Syarikat.

Pada Isnin, Trump berseloroh menyatakan beliau cukup sihat untuk kembali berkempen di Florida sambil memberi pelukan kepada para pengundinya.

Bedasarkan rakaman, perhimpunan yang dihadiri Trump selama sejam itu tidak mematuhi penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.