awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas dua bulan berlabuh, USS Theodore Roosevelt kembali beroperasi

Agensi
Agensi
20/05/2020
21:00 MYT
Selepas dua bulan berlabuh, USS Theodore Roosevelt kembali beroperasi
USS Theodore Roosevelt akan belayar kembali bersama kira-kira 3,000 anak kapal, meninggalkan 1,800 yang lain yang masih dalam tempoh kuarantin. - Reuters
Selepas hampir dua bulan berlabuh di Guam susulan penularan COVID-19, kapal tentera pembawa pesawat USS Theodore Roosevelt kembali belayar bagi memulakan latihan sebagai persiapan kembali bertugas di Pasifik.
Kapal itu berlabuh di Guam sejak 27 Mac, ketika 4,800 anak kapal menjalani tempoh kuarantin dan lebih daripada 1,000 disahkan positif.
Dalam satu temu bual bersama Associated Press, Kapten Tentera Laut, Carlos Sardiello memaklumkan kapal itu akan belayar kembali bersama kira-kira 3,000 anak kapal, meninggalkan 1,800 yang lain yang masih dalam tempoh kuarantin.
Kapal itu dijangka mengendalikan penilaian tertentu untuk tempoh dua minggu termasuk yang membabitkan dek pesawat dan hal-hal pelancaran serta pendaratan pesawat.
Kapal itu kemudian akan kembali ke Guam dan mengambil anak kapal yang disahkan sihat sepenuhnya.
Sekiranya semuanya berjalan lancar, ia akan beroperasi semula sebelum akhirnya pulang ke San Diego, Amerika Syarikat.
Kapal itu telah dibersihkan secara menyeluruh dan anak kapal mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga termasuk penjarakan sosial, pemeriksaan kesihatan berulang serta memakai penutup hidung dan mulut.
Topic Berkaitan
#AS
#Carlos Sardiello
#COVID-19
#Guam
#pendaratan pesawat
#San Diego
#USS Theodore Roosevelt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan