LIMA: Pihak berkuasa Peru telah memusnahkan sekurang-kurangnya 37,000 unggas di sebuah ladang ayam dalam usaha menghentikan penularan jangkitan selsema burung.
Agensi Kesihatan Pertanian Kebangsaan Peru (SENASA) memaklumkan selepas wabak ini menyerang hidupan liar di beberapa kawasan di negara itu termasuk kejadian di sebuah ladang di Huacho, utara Lima.
Ketua kawalan penyakit Senasa, Jorge Mantilla memberitahu agensi berita kerajaan Andina, kesemua burung telah disembelih dan risiko penularan telah tamat di ladang berkenaan.
Tambahnya, membunuh burung yang dijangkiti adalah sebahagian daripada protokol kawalan wabak influenza burung.
"Matlamatnya adalah untuk mencegah wabak pada burung daripada merebak ke lokasi lain," kata doktor haiwan Mantilla.
Kira-kira 14,000 burung laut, kebanyakannya pelican telah mati akibat selesema burung di Peru beberapa minggu kebelakangan ini.
Sebagai tambahan kepada penyembelihan ayam di Huacho, pemusnahan di kawasan lain turut dilakukan di bandar Lambayeque, di utara Peru, di mana kira-kira 700 burung disembelih untuk mencegah penyebaran virus.
Peru mengisytiharkan darurat kesihatan kebangsaan selama 90 hari kelmarin selepas mengesahkan kes selesema burung H5N1 di ladang ternakan ayam.
Menurut SENASA, penyakit itu disebarkan daripada burung liar yang datang dari Amerika Utara dan tiba di Patagonia.
Lapor pihak berkuasa Peru, virus selsema burung dikesan di Amerika Syarikat turut menjejaskan penghasilan burung pada Januari 2022.
Selsema burung merupakan penyakit yang tiada penawar atau rawatan. Wabak ini menyebabkan kematian yang tinggi pada burung liar dan domestik seperti itik, ayam, dan ayam belanda.
Faida Rahim
Fri Dec 02 2022

Peru mengisytiharkan darurat kesihatan kebangsaan selama 90 hari kelmarin selepas mengesahkan kes selesema burung H5N1 di ladang ternakan ayam. - AP

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

Korban serangan masjid Pakistan meningkat kepada 59, lebih 157 cedera parah
Siasatan kejadian setakat ini bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana pengebom itu boleh menyelinap ke dalam kawasan kawalan tinggi yang menempatkan ibu pejabat polis itu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang hingga esok
Hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah, hari ini.

50,000 ayam dimusnahkan di Denmark akibat wabak selesema burung
Kira-kira 50,000 ekor ayam perlu dimusnahkan susulan penularan baharu virus selesema burung di sebuah ladang di barat Denmark, menurut kenyataan Kementerian Makanan, Pertanian dan Perikanan negara itu

Selesema burung: 37,000 unggas dihapus untuk cegah penularan wabak
Peru mengisytiharkan darurat kesihatan kebangsaan selama 90 hari kelmarin selepas mengesahkan kes selesema burung H5N1 .

Perancis kesan selesema burung di ladang itik
Wabak dikesan di ladang itik yang terletak di Saint-Nizier-le-Desert, lapor Le Figaro, memetik jabatan wilayah Ain.

Trivia: 5 wabak ini pernah mengancam nyawa rakyat Malaysia
Penularan wabak penyakit semestinya menakutkan populasi dunia. Lebih-lebih lagi jika ia muncul secara tiba-tiba dan tiada vaksin dapat mencegahnya.

Tiada haiwan hidup, produk diimport dari Shaoyang, China
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, China telah mengambil tindakan untuk mengawal penyakit H5N1.

10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 2 Februari 2020.

Virus H5N1 pula serang China, lebih 4,000 ayam mati
Wabak ini bermula di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang yang mempunyai 7,850 ekor ayam.

Malaysia bebas penyakit selesema burung
Malaysia diisytiharkan bebas daripada selesema burung atau Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) H5N1 mulai Sabtu lepas.

China tarik balik sekatan eksport sarang burung walit ke negara itu
Kelonggaran itu diberi selepas virus H5N1 kini tidak lagi menular dan sekatan 90 hari terhadap eksport sarang burung walit hampir berakhir.

H5N1: Sagu hati kepada penternak musnahkan unggas dibayar sebelum raya
Seramai 1,023 penternak yang terlibat dalam memusnahkan ternakan unggas bagi mengawal wabak selesema burung atau H5N1 di Kelantan, akan menerima bayaran sagu hati.