awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selesema burung H5N1: Risiko kepada orang ramai kekal rendah - WHO

Bernama
Bernama
18/12/2024
06:00 MYT
Selesema burung H5N1: Risiko kepada orang ramai kekal rendah - WHO
Majoriti kes tahun ini melibatkan pekerja ladang, dengan Amerika Syarikat (AS) melaporkan 61 jangkitan di tengah-tengah wabak dalam kalangan hidupan liar, ayam itik dan baru-baru ini lembu tenusu. - Gambar fail/ Reuters
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa memberi jaminan kepada orang ramai bahawa risiko jangkitan manusia daripada selesema burung H5N1 kekal rendah, walaupun 76 kes telah dilaporkan di seluruh dunia pada 2024, lapor Agensi Anadolu.
Pemangku pengarah pengurusan ancaman wabak dan pandemik WHO Maria Van Kerkhove bagaimanapun berkata terdapat risiko yang lebih tinggi bagi pekerja ladang dan individu lain yang terdedah kepada haiwan yang dijangkiti.
Van Kerkhove berkata majoriti kes tahun ini melibatkan pekerja ladang, dengan Amerika Syarikat (AS) melaporkan 61 jangkitan di tengah-tengah wabak dalam kalangan hidupan liar, ayam itik dan baru-baru ini lembu tenusu.
"Walaupun terdapat banyak perhatian terhadap situasi selesema burung di Amerika Syarikat, tahun ini kes juga dilaporkan di Australia, Kanada, China, Kemboja dan Vietnam," katanya semasa taklimat PBB di Geneva.
Van Kerkhove berkata WHO menganggap risiko keseluruhan terhadap kesihatan awam adalah rendah, tetapi bagi pekerja seperti pekerja ladang yang terdedah secara langsung, risikonya sedikit lebih tinggi iaitu pada tahap "rendah hingga sederhana."
Menurut beliau, tahap risiko bergantung kepada langkah mitigasi yang dilaksanakan, seperti penggunaan peralatan pelindung diri (PPE) termasuk topeng, sarung tangan, but, dan pelindung mata.
Van Kerkhove menegaskan bahawa virus H5N1 kekal sebagai virus yang bersifat burung dan belum menyesuaikan diri untuk merebak antara manusia.
Namun, beliau memberi amaran bahawa virus itu sedang berevolusi dan menekankan keperluan untuk menjalankan siasatan menyeluruh selepas setiap kes manusia untuk mengesan sebarang kemungkinan penularan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selesema burung
#H5N1
#risiko awam
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan