DAKWAAN seorang petugas yang tertidur kerana terlalu penat bekerja dibakar secara tidak sengaja telah dikongsikan di pelbagai pos blog, Facebook dan Twitter.
Dakwaan itu bagaimanapun tidak benar.
Sehingga 28 April 2020, tidak ada laporan berhubung kejadian sepertimana yang dilaporkan.
Gambar yang digunakan di beberapa pos blog dan media sosial telah diambil dari laporan media yang tidak berkaitan.
Berita itu dipercayai berasal dari sebuah laman web satira yang diterbitkan pada 11 April 2020 dengan tajuk: “Covid-19: Petugas rumah mayat tidak sengaja dibakar rakan sekerja.”
Di bawah adalah tangkapan skrin pos blog yang mengelirukan itu:
Tiga perenggan yang pertama berbunyi: “Seorang pekerja perkhidmatan New York Funeral & Cremation meninggal dunia semalam, secara tidak sengaja dibakar oleh salah seorang rakan sekerjanya.
“Menurut pihak polis, Michael Jones, 48, memutuskan untuk tidur selepas kepenatan bekerja selama 16 jam tanpa henti kerana terlampau banyak mayat yang perlu diuruskan.
“Semasa dia sedang tidur, seorang pekerja lain menyangka sebagai mayat orang berusia 52 tahun yang meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan memindahkannya ke pembakaran mayat.”
Dakwaan itu juga dimuat naik dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Tamil di beberapa laman media sosial.
Kisah itu adalah penterjemahan cerita ini yang diterbitkan pada 11 April 2020 oleh laman sesawang Weekly Inquirer.
Diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia, laporan itu bertajuk: “NEW YORK, NY: PEKERJA RUMAH PENGEBUMIAN YANG LETIH DIKREMASI SECARA TIDAK SENGAJA APABILA DIA TIDUR SIANG.”
Laporan Weekly Inquirer itu merupakan artikel satira yang jelas dinyatakan di bahagian bawah halaman itu: “Penafian: Ini adalah satira.”
Hingga 28 April 2020, tidak ada laporan media yang boleh dipercayai atau repot polis yang memperincikan sebarang pembakaran mayat yang tidak sengaja di Bandar New York semasa krisis COVID-19.
Gambar di atas laporan satira itu, yang menunjukkan orang di dalam pakaian hazmat memunggah mayat, telah diambil dari artikel Bloomberg yang diterbitkan pada 10 April 2020.
Imej itu telah dikreditkan kepada Bloomberg dan Angus Mordant, seorang jurugambar berpusat di New York.
Kapsyen gambar itu dalam laporan Bloomberg menyatakan: “Para pekerja perubatan memunggah mayat seorang pesakit yang telah meninggal dunia ke bilik mayat limpahan yang sejuk di luar sebuah pusat perubatan di Brooklyn, New York, pada 3 April.”
Di bawah adalah perbandingan tangkapan skrin artikel Weekly Inquirer (kiri) dan artikel Bloomberg (kanan):
Carian kata kunci juga tidak menemui repot media yang boleh dipercayai atau repot polis yang memperincikan sebarang pembakaran mayat secara tidak sengaja di Bandar New York semasa krisis pandemik COVID-19, yang telah membunuh sekurang-kurangnya 11,460 orang di bandar itu.
Lebih-lebih lagi, penipuan itu telah diterbitkan di tempat lain di mana artikel tersebut mendakwa kejadian yang sama telah berlaku di negeri-negeri lain di Amerika Syarikat (AS).
Weekly Inquirer telah menerbitkan artikel satira yang sama dengan mendakwa bahawa pembakaran mayat secara tidak sengaja berlaku di Louisiana pada 12 April 2020.
Pada Februari 2020, dakwaan itu telah diterbitkan dengan format yang sama di URL yang berlainan di mana artikel-artikel itu kononnya melaporkan kejadian yang sama di Texas dan Missouri.
Cerita itu juga telah diterbitkan pada Mac 2017 di sini di sebuah laman satira yang lain.
Snopes, sebuah organisasi semakan fakta berpusat di AS, telah membongkar dakwaan tersebut pada 2017 di sini dan pada 2020 di sini.
AFP
Wed Apr 29 2020
Dakwaan petugas yang tertidur dibakar secara tidak sengaja ini palsu.
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Semak Fakta: Pekerja rumah mayat dibakar secara tidak sengaja?
Berita itu dipercayai berasal dari sebuah laman web satira yang diterbitkan pada 11 April 2020 dengan tajuk: "Covid-19: Petugas rumah mayat tidak sengaja dibakar rakan sekerja."