awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan maut ditembak di Afrika Selatan

Bernama
Bernama
17/12/2023
14:05 MYT
Sembilan maut ditembak di Afrika Selatan
Sembilan orang maut ditembak manakala lapan lagi cedera dalam satu kejadian di Rustenburg, Afrika Selatan pada Sabtu, menurut polis tempatan pada Ahad. - Foto hiasan
JOHANNESBURG: Sembilan orang maut ditembak manakala lapan lagi cedera dalam satu kejadian di Rustenburg, Afrika Selatan pada Sabtu, menurut polis tempatan pada Ahad.
Menurut polis kejadian berlaku di sebuah penempatan haram Popo Molefe di Boitekong, kira-kira pukul 9.15 malam waktu tempatan. Mangsa terdiri lima lelaki dan empat wanita.
"...Lapan maut di tempat kejadian manakala mangsa kesembilan disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital. Selain itu, lapan lagi dilaporkan cedera," kata polis dalam satu kenyataan.
Polis berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, mangsa ditembak ketika sedang berehat di halaman rumah.
Tiada tangkapan dibuat setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ditembak
#Rustenburg
#Afrika Selatan
#Popo Molefe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan