awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semenanjung Gaza: Mesir adakan sidang kemuncak pembangunan semula

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2021
00:11 MYT
Semenanjung Gaza: Mesir adakan sidang kemuncak pembangunan semula
Penduduk Gaza berjalan di tepi sebuah bangunan 15 tingkat yang musnah akibat serangan udara Israel. - Foto AP
KAHERAH: Perbincangan mengenai usaha pembinaan semula sempadan Gaza diteruskan dalam sidang kemuncak yang diadakan di Kaherah, Mesir.
Sidang yang berlangsung selama empat hari, dihadiri diplomat dan duta besar itu susulan keganasan 11 hari oleh tentera Zionis Israel terhadap penduduk palestin di Gaza.
Keganasan itu menyebabkan kemusnahan teruk di Semenanjung Gaza.
Menurut duta besar Palestin ke Kaherah, Diab al-Louh penduduk di Gaza memerlukan Mesir dan negara-negara Arab bersaudara untuk bergerak dengan pantas bagi memberikan bantuan kepada Semenanjung Gaza.
"Semua sektor terjejas, jaringan infrastruktur, elektrik, air, jaringan jalan raya, kemudahan perkhidmatan dan rumah penduduk.
"Kami mempunyai 70,000 warga Palestin tanpa tempat tinggal," katanya.
Mei lalu, Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi mengumumkan peruntukan AS$500 juta untuk pembinaan semula di Semenanjung Gaza.
Pembinaan semula ini akan turut dibantu firma negara berkenaan.
Keganasan 11 hari Israel tercetus susulan provokasi zionis terhadap penduduk Palestin di Masjid Al-Aqsa ketika bulan Ramadan dan kawasan penempatan di Sheikh Jarrah.
Topic Berkaitan
#Gaza
#sidang kemuncak
#pembinaan semula
#keganasan
#rejim Zionis
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan