Sempadan Rafah di Gaza akan dibuka semula selepas dua tahun ditutup

Urusan keluar dan masuk ke Gaza melalui sempadan tersebut akan diselaraskan dengan Mesir dan tertakluk kepada pelepasan keselamatan awal oleh Israel, di bawah pengawasan misi Kesatuan Eropah. - Gambar fail AP
ISTANBUL: Israel mengumumkan pada Jumaat bahawa ia akan membuka semula sempadan Rafah di Gaza dengan Mesir bagi kedua-dua arah bermula Ahad ini, yang membolehkan pergerakan terhad orang awam selepas dua tahun ditutup.
Ringkasan AI
- Israel akan membuka semula sempadan Rafah di Gaza dengan Mesir bagi pergerakan terhad orang awam bermula Ahad ini, selepas ditutup selama dua tahun.
- Keputusan membuka sempadan itu adalah sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang terkepung.
- Sempadan Rafah akan dibuka dalam kedua-dua arah bagi pergerakan terhad orang awam sahaja, dengan urusan keluar masuk Gaza diselaraskan dengan Mesir di bawah pengawasan Kesatuan Eropah.
Tambah kenyataan itu, urusan keluar dan masuk ke Gaza melalui sempadan tersebut akan diselaraskan dengan Mesir dan tertakluk kepada pelepasan keselamatan awal oleh Israel, di bawah pengawasan misi Kesatuan Eropah.
Tentera berkata, pembukaan semula itu juga akan membolehkan kepulangan penduduk yang meninggalkan Gaza semasa perang, selepas penyelarasan dengan Mesir dan selepas mendapat kelulusan keselamatan Israel.
Setakat ini, belum ada sebarang ulasan segera daripada pihak berkuasa Palestin mahupun Mesir.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

