awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senarai barangan yang dikecualikan tarif timbal balik Trump

Astro Awani
Astro Awani
03/04/2025
03:40 MYT
Senarai barangan yang dikecualikan tarif timbal balik Trump
Di bawah dasar baharu itu, beberapa kategori barangan tidak akan tertakluk kepada kadar tarif timbal balik yang lebih tinggi. - Foto REUTERS
WASHINGTON: White House dalam satu kenyataan menyatakan beberapa barangan utama dikecualikan daripada tarif timbal balik yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Kesemua barangan tersebut diimport dari negara yang disenaraikan dalam agenda tarif timbal balik dengan asas 10 peratus.
Di bawah dasar baharu itu, beberapa kategori barangan tidak akan tertakluk kepada kadar tarif timbal balik yang lebih tinggi, termasuk:
• Farmaseutikal, semikonduktor, tembaga dan kayu
• Sumber tenaga dan mineral tertentu tidak terdapat di AS
• Bullion (logam berharga seperti emas dan perak)
• Keluli, aluminium, kereta dan bahagian auto telah dilindungi oleh tarif Seksyen 232 sedia ada
• Artikel tertakluk kepada 50 USC 1702(b), yang termasuk barangan kemanusiaan
• Barangan yang mungkin tertakluk kepada tarif Seksyen 232 pada masa hadapan
Menurut White House, pengecualian ini mencerminkan strategi pentadbiran untuk melindungi industri yang penting kepada perkilangan, pertahanan dan daya tahan ekonomi AS.
Tarif timbal balik itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu pada 5 April 2025 melibatkan tarif 10 peratus ke atas semua import dari setiap negara manakala pada 9 April 2025 tarif timbal balik yang lebih tinggi ke atas negara yang mempunyai defisit perdagangan AS terbesar.
Menurut White House lagi, tarif itu akan kekal sehingga negara asing mengambil langkah bermakna untuk mewujudkan hubungan perdagangan timbal balik dengan AS.
Topic Berkaitan
#tarif timbal balik
#White House
#Donald Trump
#barangan dikecualikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan