awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Will Smith dituduh lakukan amang seksual terhadap pemain biola lelaki
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
Lelaki dikhuatiri lemas selepas jatuh dari perahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senat AS teruskan sidang hingga capai perjanjian akhiri penutupan kerajaan

Bernama
Bernama
09/11/2025
10:00 MYT
Senat AS teruskan sidang hingga capai perjanjian akhiri penutupan kerajaan
Thune memberitahu media pada Sabtu bahawa para senator akan meneruskan sesi persidangan tanpa henti sehingga satu perjanjian dicapai bagi membolehkan kerajaan kembali berfungsi seperti biasa. - Gambar Reuters
MOSCOW: Sidang Senat Amerika Syarikat (AS) akan diteruskan sehingga persetujuan dicapai bagi menyambung semula operasi kerajaan persekutuan, lapor akhbar "The Hill" yang memetik kenyataan Ketua Majoriti Republikan di Senat, John Thune, menurut Sputnik/RIA Novosti.

Ringkasan AI
  • Sidang Senat AS berterusan untuk mencari persetujuan bagi memulihkan operasi kerajaan persekutuan.
  • Penutupan kerajaan AS disebabkan kegagalan mencapai kata sepakat berkenaan belanjawan, menyebabkan agensi kerajaan terpaksa berhenti beroperasi.
  • Penutupan kerajaan berterusan boleh membawa kepada kerugian sehingga US$15 bilion seminggu kepada KDNK negara tersebut.

Thune memberitahu media pada Sabtu bahawa para senator akan meneruskan sesi persidangan tanpa henti sehingga satu perjanjian dicapai bagi membolehkan kerajaan kembali berfungsi seperti biasa.
Dilaporkan pada asalnya dewan tertinggi Kongres dijadual ditangguhkan sempena Hari Veteran pada 11 Nov.
Tahun fiskal baharu di AS bermula pada 1 Oktober, namun Kongres gagal mencapai persetujuan berhubung belanjawan, menyebabkan sebahagian agensi kerajaan tidak dapat beroperasi.
Penutupan kerajaan di AS bermakna pemberhentian sementara operasi beberapa agensi kerajaan yang dibiayai secara langsung oleh Kongres akibat ketiadaan kelulusan belanjawan baharu.
Presiden AS Donald Trump sebelum ini menegaskan bahawa beliau mungkin menggunakan tempoh penutupan kerajaan itu untuk melaksanakan pemberhentian besar-besaran dan pemotongan bayaran.
Menurut Trump, kegagalan mencapai kata sepakat mengenai belanjawan berpunca daripada pendirian Parti Demokrat, manakala Rumah Putih memanfaatkan keadaan semasa untuk menamatkan beberapa program yang tidak disokong oleh Republikan.
Pengarah Majlis Ekonomi Negara Rumah Putih, Kevin Hassett memberi amaran bahawa penutupan kerajaan yang berterusan boleh mengakibatkan kerugian sehingga US$15 bilion seminggu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#sesi persidangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan