awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senjata ditemui di kediaman duta Palestin

AFP
AFP
03/01/2014
02:54 MYT
Senjata ditemui di kediaman duta Palestin
Polis Czech pada Khamis menemui senjata di kediaman duta Palestin yang terbunuh selepas berlakunya letupan peti besi pada sambutan tahun baru lalu.
Pihak penyiasat Czech dan Palestin masih meneruskan siasatan bagi mengenalpasti punca letupan yang menyebabkan kematian Jamal al-Jamal, walaupun pihak polis di Praque berkata ia hanyalah satu kemalangan dan bukannya serangan pengganas.
“Letupan itu berlaku akibat ketidakcekapan dalam mengendalikan bahan letupan,” ketua polis Praque Martin Vondrazek berkata.
“Saya tidak boleh mendedahkan jenis senjata yang ditemui. Namun ia bukan didaftarkan di Republik Czech,” tambahnya.
“Sejak awal penyiasatan, pihak polis telah menjalankan penyiasatan bahawa sistem bahan letupan diletakkan dalam keadaan selamat,” jurucakap polis Andrea Zoulova berkata kepada AFP.
“Persoalannya ialah bagaimana bahan letupan itu berada di situ,” katanya, tetapi menafikan laporan media bahawa bahan tersebut adalah bom.
Jamal, 56 tahun, duta Palestin sejak Oktober lalu mengalami kecederaan parah di kepala, dada dan perut dalam letupan tersebut.
Bedah siasat menunjukkan yang dia meninggal dunia akibat kejutan, kata Zoulova. Jenazahnya akan diterbangkan ke Palestin minggu hadapan.
Topic Berkaitan
#Jamal Al-Jamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan