awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senjata nuklear: Korea Utara ikrar mahu jadi terkuat di dunia

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2022
00:00 MYT
Senjata nuklear: Korea Utara ikrar mahu jadi terkuat di dunia
Kim Jong Un berkata membina tenaga nuklear adalah untuk melindungi maruah, kedaulatan negara dan rakyat. - Foto REUTERS
SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berkata, matlamat utama negaranya adalah untuk memiliki kuasa nuklear paling berkuasa di dunia.
Jong Un turut berikrar untuk menentang ancaman nuklear Amerika Syarikat dengan senjata nuklear negaranya.
Pengumuman itu dibuat selepas Jong Un memeriksa ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Hwasong-17 baharu negara itu.
Jelasnya, membina tenaga nuklear adalah untuk melindungi maruah, kedaulatan negara dan rakyat.
Tambah beliau, matlamat utamanya adalah untuk memiliki kuasa strategik yang paling kuat di dunia, kuasa mutlak yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Beliau menggelar Hwasong-17 sebagai "senjata strategik terkuat di dunia" dan berkata ia menunjukkan keazaman dan keupayaan Korea Utara untuk akhirnya membina tentera terkuat di dunia.
Topic Berkaitan
#senjata nuklear
#Kim Jong Un
#peluru berpandu balistik
#ancaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan