JERUSALEM: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam dua kejadian letupan di Baitulmaqdis pada awal Rabu, lapor Xinhua.
Insiden dilaporkan berlaku di sebuah perhentian bas berhampiran pintu masuk Baitulmaqdis dan letupan kedua terjadi kurang sejam selepas insiden pertama di stesen bas di Ramot, sebuah kawasan penempatan di Baitulmaqdis Timur, menurut polis.
Eli Bin, ketua pengarah perkhidmatan perubatan kecemasan Magen David Adom Israel, memberitahu media bahawa sekurang-kurangnya 15 orang cedera dan sebahagian daripada mereka kritikal.
Seorang mangsa yang cedera meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialami, menurut Hospital Sha'are Zedek dalam satu kenyataan.
Dalam satu kenyataan lain, polis memaklumkan bahawa siasatan mengenai kejadian "masih diteruskan" dan mendakwa letupan itu merupakan sebahagian daripada "serangan pengganas terancang."
--BERNAMA
Bernama
Wed Nov 23 2022
Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam dua kejadian letupan di Baitulmaqdis pada awal Rabu. - Foto AP
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
Universiti Malaysia diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Letupan di restoran barbeku China ragut 31 nyawa
Kejadian berlaku pukul 9 malam di jalan yang sibuk di daerah Xingqing.
Seorang maut, 14 cedera dalam dua letupan di Baitulmaqdis
Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam dua kejadian letupan di Baitulmaqdis pada awal Rabu.