awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
Melaka perkukuh agenda tenaga hijau, laksana projek solar di bumbung parkir UTC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, teksi meletup di Liverpool

Sinar Harian
Sinar Harian
15/11/2021
01:43 MYT
Seorang maut, teksi meletup di Liverpool
Anggota-anggota perkhidmatan kecemasan mengawal di luar sebuah hospital wanita selepas sebuah teksi meletup di Liverpool pada Ahad. - Foto AP/PA
LONDON: Seorang maut manakala seorang lagi cedera apabila sebuah teksi meletup di hadapan sebuah hospital wanita di Liverpool pada Ahad, kata polis Britain.
Berikutan kejadian itu, polis berjaya menangkap tiga lelaki yang berumur 21, 26 dan 29 tahun di daerah Kensington, Liverpool di bawah undang-undang antikeganasan, kata polis Greater Manchester menerusi satu ciapan di Twitter.
Identiti lelaki yang meninggal dunia itu masih belum dikenal pasti.
Bagaimanapun, seorang lagi lelaki yang cedera dalam kejadian itu ialah pemandu teksi tersebut tetapi kini keadaannya stabil selepas mendapat rawatan di hospital.
Sementara itu, Polis Merseyside yang mengendalikan kes-kes di Liverpool menyatakan dalam satu kenyataan bahawa letupan tersebut masih belum dikategorikan sebagai insiden keganasan.
"Sehingga kini kami memahami bahawa sebuah kereta terlibat iaitu sebuah teksi yang keluar dari hospital itu sejurus sebelum letupan berlaku," kata Polis Merseyside.
Menurut Ketua Jabatan Bomba Merseyside, seorang lagi individu berjaya keluar dari teksi tersebut.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#meletup
#teksi
#Hospital
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan