awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, tiga cedera dalam dua insiden letupan bom di selatan Thailand

Bernama
Bernama
15/04/2022
12:40 MYT
Seorang maut, tiga cedera dalam dua insiden letupan bom di selatan Thailand
Seorang orang awam maut manakala tiga anggota skuad pemusnah bom cedera dalam dua insiden letupan bom di Sai Buri, Pattani, selatan Thailand pada Jumaat. - Gambar hiasan
PATTANI: Seorang orang awam maut manakala tiga anggota skuad pemusnah bom cedera dalam dua insiden letupan bom di Sai Buri, Pattani, selatan Thailand pada Jumaat.
Ketua Polis Sai Buri, Pol. Kol.Chalermchai Phetchakat berkata kejadian pertama berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi (waktu tempatan) dengan mangsa seorang lelaki yang dalam perjalanan pergi memancing maut di tempat kejadian.
Menurut saksi letupan berlaku ketika mangsa mengangkat kotak yang diletakkan di tepi jalan.
"Letupan kedua berlaku apabila skuad pemusnah bom sedang membuat pemeriksaan di tempat kejadian, kira-kira 9 pagi (waktu tempatan).
"Tiga anggota skuad pemusnah bom cedera termasuk seorang cedera parah dalam insiden itu. Kesemua mangsa digegaskan ke hospital untuk menerima rawatan," katanya.
Sementara itu, Jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4, Pol Kol Kiattisak Neewong berkata serangan bom di Sai Buri itu merupakan satu cubaan pihak tidak bertanggungjawab mengeruhkan suasana di selatan Thailand pada Ramadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan bom
#selatan thailand
#Sai Buri
#Pattani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan