INTERNATIONAL
Seoul bertindak balas 'provokasi' Pyongyang

Kementerian Pengangkutan mengesahkan penerbangan dari lapangan terbang Incheon dan Gimpo turut digantung sementara atas permintaan tentera. - Gambar fail/ AP
KOREA Selatan melancarkan jet pejuang dan helikopter penyerang serta melepaskan tembakan amaran selepas dron milik Pyongyang didakwa mencabuli ruang udang negara itu pada Isnin.
Agensi berita Yonhap melaporkan Korea Utara menerbangkan beberapa dron merentasi sempadan Seoul hingga memaksa langkah pertahanan segera terpaksa diambil.
"Kejadian pencerobohan itu berlaku di kawasan sempadan sekitar wilayah Gyeonggi," ujar Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) dalam satu kenyataan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Pengangkutan mengesahkan penerbangan dari lapangan terbang Incheon dan Gimpo turut digantung sementara atas permintaan tentera. - Sinar Harian memetik agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami