Korea Selatan kini tersepit antara mahu menjaga hubungan baik dengan Amerika Syarikat atau meneruskan usaha perdamaian dengan Korea Utara.
Menurut Geostrategis Azmi Hassan, Seoul kini dalam keadaan serba salah sama ada mahu berdamai dengan Pyongyang atau mahu menjaga hati Washington.
Jelasnya, tekanan yang diberi Amerika Syarikat selaku negara sekutu Korea Selatan perlu ditangani dengan cara terbaik jika Seoul mahukan perdamaian.
"Kalau kita lihat sekarang ini, Korea Selatan mahu mengadakan perdamaian dengan Korea Utara. Dan seboleh-bolehnya, Seoul dikatakan memberikan kepercayaan kepada Pyongyang, walaupun wujud kesangsian.
"Tetapi, pada masa sama, Washington bersama-sama dengan Tokyo menekan Seoul agar tidak terpedaya dengan diplomasi yang dibawa Korea Utara.
"Ini yang menimbulkan rasa serba salah Korea Selatan itu sendiri," jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambah Azmi, terdapat satu faktor penyumbang lain yang mungkin menjejaskan isu semasa di semenanjung Korea ketika ini, iaitu faktor campur tangan China.
Katanya, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Beijing berhubung pendiriannya terhadap isu terbabit.
"Kalau kita ambil faktor Korea Utara, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, mudah kita caturkan.
"Tetapi kalau kita letak China dalam percaturan itu, maka ia akan menjadi amat sukar kerana Beijing dilihat berdolak dalik ketika ini dan kita tidak tahu apa pendirian Beijing dalam hal itu," jelasnya.
Mengulas kemungkinan Pyongyang akan akur untuk menandatangani perjanjian nuklear yang diusul Washington, Azmi berkata ia tidak akan dilakukan Pyongyang.
"Saya tidak nampak kenapa Korea Utara perlu menandatangani perjanjian tersebut, kerana Iran telah menerima tekanan begitu hebat walaupun selepas menandatangani perjanjian nuklear.
"Jadi, kalau kita ambil iktibar apa yang berlaku terhadap Iran, saya rasa Korea Utara akan tetap meneruskan program nuklearnya, kerana ia boleh bertahan dengan begitu baik sehingga hari ini," terangnya.
Pada Sabtu, pemimpin Korea Utara Kim Jong Un melalui adiknya Kim Yo Jong menyampaikan jemputan kepada Presiden Korea Selatan Moon Jae-In untuk mengadakan perbincangan dan ia dijangka diadakan di Pyongyang.
Namun usaha damai yang tercetus pada temasya Sukan Olimpik Pyeongchang itu disambut hambar Amerika Syarikat.
Ini kerana, menurut Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence, tekanan ekonomi dan diplomasi ke atas Pyongyang perlu diteruskan.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sun Feb 11 2018
Tekanan yang diberi negara sekutu Korea Selatan, iaitu Amerika Syarikat, perlu ditangani dengan cara terbaik jika Seoul mahukan perdamaian. - Gambar hiasan
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.