awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepandai-pandai melompat, gambar tupai 'albino' akhirnya berjaya juga dirakam

Agensi
Agensi
28/01/2019
04:22 MYT
Sepandai-pandai melompat, gambar tupai 'albino' akhirnya berjaya juga dirakam
Menurut pakar haiwan, tupai albino lebih senang diserang haiwan pemangsa kerana ia tidak mempunyai kebolehan penyamaran semulajadi. -Foto Daily Mail
SEEKOR tupai lazimnya berwarna perang. Namun lain pula dengan tupai yang berjaya dirakam jurugambar dari United Kingdom ini.
Menurut laporan portal Daily Mail, jurugambar itu berjaya menangkap gambar seekor tupai albino.
Pencinta hidupan liar, Gary Fox, 50, berkata dia terserempak dengan tupai itu ketika sedang berjalan ke air pancut Water of Leigh di Edinburgh untuk mengambil gambar ikan.
Pencinta hidupan liar Gary Fox, 50, sedang berjalan ke Water of Leigh di Edinburgh, ketika dia melihat tupai putih itu.
Pencinta hidupan liar Gary Fox, 50, sedang berjalan ke Water of Leigh di Edinburgh, ketika dia melihat tupai putih itu.
“Sukar untuk saya melihat tupai itu pada waktu salji turun. Ia cuma berada di sekitar belakang rumah saya.
“Tapi apabila saya toleh ke satu penjuru, saya ternampak benda putih di bawah pokok. Lantas saya keluarkan kamera untuk menangkap gambar tupai albino itu,” kata Fox kepada wartawan Mail Online.
Menurut pakar haiwan, tupai albino sangat jarang ditemui dan dianggarkan hanya satu dalam 100,000 ekor berjaya dicatat.
Menurut pakar haiwan, tupai albino sangat jarang ditemui dan dianggarkan hanya satu dalam 100,000 ekor berjaya dicatat.
Fox mendakwa pernah melihat tupai albino tersebut di sekitar Terusan Union di Edinburgh, tetapi pada ketika itu dia tidak membawa kamera untuk menangkap gambar haiwan unik tersebut.
Albino atau albinisme berlaku disebabkan oleh mutasi dalam gen yang merubah kod pigmentasi.
Kadar kebarangkalian bagi tupai dilahirkan putih dikatakan satu dalam 100,000 ekor menjadikan haiwan itu sangat jarang ditemui.
Menurut pakar haiwan, tupai albino lebih senang diserang pemangsa kerana ia tidak mempunyai kebolehan penyamaran semulajadi.
Topic Berkaitan
#albino
#Edinburgh
#Gary Fox
#jarang
#Jurugambar
#Tupai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan