awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepanyol kuat kuasa kod tingkah laku, hapuskan stereotaip dalam iklan kanak-kanak

Bernama
Bernama
01/12/2022
11:46 MYT
Sepanyol kuat kuasa kod tingkah laku, hapuskan stereotaip dalam iklan kanak-kanak
Tinjauan oleh kerajaan terhadap iklan kanak-kanak pada 2020 mendapati bahawa iklan mainan dipenuhi stereotaip jantina. - Gambar hiasan
OVIEDO: Sepanyol pada Khamis menguat kuasa kod tingkah laku baharu yang bertujuan menghapuskan stereotaip jantina dalam iklan mainan kanak-kanak.
Pengiklan di Sepanyol bersedia menghentikan amalan kebiasaan seperti memasarkan anak patung secara eksklusif kepada kanak-kanak perempuan atau kereta hanya kepada kanak-kanak lelaki, lapor Agensi Anadolu.
"Matlamatnya adalah agar iklan alat mainan menjadi lebih tepat dan membina ... dan iklan menggunakan bahasa yang inklusif serta memberi contoh positif bagi menggalakkan penggunaan yang sihat, bertanggungjawab dan mampan," menurut kenyataan dikeluarkan kerajaan Sepanyol.
Kod baharu itu dirangka berdasarkan tinjauan oleh kerajaan terhadap iklan kanak-kanak pada 2020, yang mendapati bahawa iklan mainan dipenuhi stereotaip jantina.
Sebanyak 34 peratus iklan melibatkan profesion untuk gadis cenderung dikaitkan dengan sektor kecantikan.
Sebaliknya, 50 peratus jenis iklan yang sama untuk kanak-kanak lelaki menggambarkan profesion juruterbang, pegawai polis atau askar.
Kod baharu itu ditandatangani persatuan yang mewakili kira-kira 80 peratus jualan mainan di Sepanyol, dan sebarang iklan yang melanggar peraturan baharu itu perlu dikeluarkan.
Sementara itu, kod tingkah laku itu juga memerlukan pihak pengiklan menyenarai lebih banyak maklumat tentang produk, seperti julat harga dan jika pemasangan diperlukan.
"Mainan yang bebas daripada stereotaip membolehkan kanak-kanak berseronok dan mencapai potensi penuh mereka.
"Kita mesti menghantar mesej yang jelas (bukan stereotaip) kerana pengiklanan yang ditujukan kepada kanak-kanak juga membantu membentuk identiti mereka," kata menteri hal ehwal pengguna Sepanyol, Alberto Garzon.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#iklan permainan
#Kanak-kanak
#stereotaip jantina
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan