awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seramai 333 juta kanak-kanak seluruh dunia terlalu miskin

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2023
23:45 MYT
Seramai 333 juta kanak-kanak seluruh dunia terlalu miskin
UNICEF berkata kesan pandemik serta konflik, perubahan iklim dan kejutan ekonomi, sekali gus "menghalang kemajuan" dalam menamatkan kemiskinan kanak-kanak. - Foto REUTERS
SATU daripada setiap enam kanak-kanak terpaksa bertahan dengan pendapatan kurang daripada AS$2.15 atau RM10 sehari.
Dapatan itu terkandung dalam laporan baharu Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) dan Bank Dunia yang dikeluarkan Khamis.
Penemuan itu menunjukkan 333 juta kanak-kanak di seluruh dunia hidup dalam kemiskinan ekstrem.
Jumlah itu adalah penurunan hampir 50 juta dalam tempoh sedekad yang lalu.
Bagaimanapun, penulis laporan itu mengatakan berjuta-juta lagi kanak-kanak sepatutnya telah dikeluarkan daripada kemiskinan tegar sekiranya tidak berlaku gangguan yang berkaitan dengan COVID-19 selama tiga tahun.
Pengarah Eksekutif UNICEF, Catherine Russell berkata, kesan pandemik serta konflik, perubahan iklim dan kejutan ekonomi, sekali gus "menghalang kemajuan" dalam menamatkan kemiskinan kanak-kanak.
Beliau menggesa usaha yang digandakan untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada perkhidmatan penting, termasuk pendidikan, pemakanan, penjagaan kesihatan dan perlindungan sosial, sambil mengatasi punca kemiskinan tegar.
Tambahnya, laporan itu menunjukkan secara global, kanak-kanak membentuk lebih daripada 50 peratus daripada golongan miskin tegar, walaupun hanya membentuk satu pertiga daripada populasi dunia.
Hampir 90 peratus kanak-kanak yang terperangkap dalam kemiskinan ekstrem tinggal sama ada di sub-Sahara Afrika atau Asia Selatan.
Sub-Sahara Afrika mempunyai kedua-dua kadar tertinggi iaitu pada 40 peratus pada 2022, dan bahagian terbesar kanak-kanak miskin tegar dunia, lebih 71 peratus, iaitu lonjakan ketara daripada hanya di bawah 55 peratus 10 tahun lalu.
Penulis laporan tersebut menyatakan pertumbuhan penduduk yang pesat dan langkah-langkah perlindungan sosial yang terhad telah menyumbang kepada peningkatan ketara ini.
Sementara itu, semua rantau lain di dunia kecuali Asia Barat dan Afrika Utara telah melihat penurunan berterusan dalam kadar kemiskinan ekstrem.
Laporan itu memberi amaran bahawa, pada kadar pengurangan semasa, matlamat pembangunan mampan (SDG) untuk menamatkan kemiskinan tegar kanak-kanak menjelang 2030, atau SDG1, tidak akan dipenuhi.
Topic Berkaitan
#kemiskinan
#Kanak-kanak
#UNICEF
#Bank Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan