awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Israel ancam mana-mana negara usahakan keamanan - PM Qatar

Bernama
Bernama
12/09/2025
10:15 MYT
Serangan Israel ancam mana-mana negara usahakan keamanan - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar menegaskan Doha tetap percaya kepada peranan pengantaraan dan penyelesaian pertikaian secara aman, serta akan meneruskan usaha diplomatik dan tidak akan berkompromi terhadap keselamatan negaranya. - Gambar/ Reuters
WASHINGTON: Serangan Israel bukan sahaja menyasarkan Qatar tetapi mana-mana negara yang berusaha mencapai keamanan, kata Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai situasi di Timur Tengah, Khamis.
"Serangan berterusan ini bukan hanya menyasarkan Qatar. Ia adalah ancaman jelas terhadap mana-mana negara yang berusaha ke arah perdamaian dan ia turut melemahkan kepercayaan terhadap PBB," katanya.
Beliau menyifatkan serangan udara Israel ke atas Doha awal minggu ini dengan menyasarkan anggota Hamas ketika membincangkan cadangan gencatan senjata baharu yang dikemukakan Amerika Syarikat sebagai pelanggaran kedaulatan sebuah negara anggota PBB.
"Serangan ini jauh daripada kelakuan bertamadun sebuah negara yang percaya kepada keamanan.
"Israel sedang cuba menyusun semula rantau ini dengan kekerasan, berlandaskan fahaman ekstrem yang menjadi asas tingkah laku mereka," katanya, sambil menegaskan tindakan itu bertujuan menggagalkan rundingan.
Perdana Menteri Qatar menegaskan Doha tetap percaya kepada peranan pengantaraan dan penyelesaian pertikaian secara aman, serta akan meneruskan usaha diplomatik dan tidak akan berkompromi terhadap keselamatan negaranya.
Beliau menuduh kepimpinan Israel sekarang sebagai "pelampau yang dahagakan darah", bertindak seolah-olah kebal daripada tindakan undang-undang sambil "melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza" dan menggugat kestabilan serantau.
"Bagaimana mungkin kita menerima kehadiran wakil Israel selepas mereka melakukan serangan ini? Pernahkah anda mendengar sebuah negara menyerang pengantara dengan cara sebegini?" soal beliau.
Sheikh Mohammed mengulangi komitmen Qatar terhadap usaha pengantaraan, dengan menegaskan keamanan memerlukan gencatan senjata, pembebasan tawanan, akses bantuan kemanusiaan, serta penyelesaian dua negara.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Genosid Gaza
#kekejaman israel
#PM Qatar
#serangan di Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami