awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Kashmir: Pakistan tolak kempen maklumat palsu India

Agensi
Agensi
25/04/2025
00:00 MYT
Serangan Kashmir: Pakistan tolak kempen maklumat palsu India
Amna Baloch (kanan) memberi taklimat kepada sekumpulan diplomat yang berpangkalan di Islamabad berhubung situasi semasa yang sedang berkembang selepas insiden di Pahalgam, Kashmir. - Gambar X Ministry of Foreign Affairs - Pakistan
ISLAMABAD: Setiausaha Luar Pakistan, Amna Baloch menolak kempen maklumat palsu yang didakwa dilancarkan oleh India terhadap Pakistan, dalam satu sesi taklimat bersama para diplomat di Islamabad susulan ketegangan yang meningkat berikutan insiden serangan di Kashmir.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Pakistan, Baloch berkata: "Pakistan menolak kempen maklumat palsu India yang bertujuan untuk menjejaskan reputasi negara ini.
“Taktik seperti ini hanya akan menghalang usaha ke arah keamanan dan kestabilan serantau."
Beliau turut memberi amaran terhadap sebarang cubaan oleh India untuk mencetuskan ketegangan tambahan sambil menegaskan, Pakistan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang bentuk pencerobohan atau tindakan provokatif.
"Pakistan kekal komited terhadap keamanan, namun pada masa sama tidak akan berdiam diri sekiranya keselamatan negara digugat," kata kenyataan itu lagi.
Foreign Secretary Amna Baloch briefed a group of Islamabad-based Heads of Mission and diplomats on the evolving situation following Pahalgam attack in Indian Illegally Occupied Jammu & Kashmir. Foreign Secretary shared the outcomes of the National Security Committee meeting. She pic.twitter.com/0qJCKiEed0
— Ministry of Foreign Affairs - Pakistan (@ForeignOfficePk) April 24, 2025
Dalam kejadian pada Selasa lepas, sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh apabila lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah pelancong di wilayah Kashmir yang ditadbir India.
Polis dan pentadbiran wilayah menyifatkan insiden di destinasi pelancongan Pahalgam di selatan Kashmir itu sebagai antara serangan paling buruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Kawasan itu menarik ribuan pelawat setiap tahun termasuk dari luar negara.
Susulan serangan itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi memutuskan untuk memendekkan lawatannya ke Arab Saudi.
Wilayah Himalaya itu yang dituntut sepenuhnya tetapi ditadbir berasingan oleh India dan Pakistan, lama berada di dalam kancah keganasan sejak pemberontakan bersenjata menentang India bermula pada 1989.
Bagaimanapun, serangan terhadap pelancong jarang berlaku.
Jun lepas, sebuah bas yang membawa penziarah Hindu diserang, menyebabkan ia terjunam ke dalam gaung dan mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang.
India membatalkan status khas Kashmir pada 2019 dan membahagikan wilayah itu kepada dua wilayah persekutuan - Jammu dan Kashmir serta Ladakh. - Agensi
Topic Berkaitan
#Serangan kashmir
#kempen maklumat palsu
#Pakistan-India
#PM Narendra Modi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan