awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOF teliti kesesuaian pengeluaran caruman KWSP untuk MHIT - Amir Hamzah
China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan Myanmar
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan ke atas dua hospital di Gaza ragut sekurang-kurangnya 28 nyawa

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2025
10:23 MYT
Serangan ke atas dua hospital di Gaza ragut sekurang-kurangnya 28 nyawa
Hospital Eropah di Khan Younis menjadi sasaran serangan yang menyebabkan kawah besar terbentuk di kawasan hospital. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Serangan udara Israel ke atas dua hospital di Gaza pada Selasa mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang, menurut jurucakap pertahanan awam Gaza.

Ringkasan AI
  • Serangan udara Israel ke atas dua hospital di Khan Younis, Gaza, mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang, termasuk seorang wartawan, dan menyebabkan kerosakan besar di Hospital Eropah dan Hospital Nasser.
  • Tentera Israel mendakwa serangan menyasarkan pusat pejuang Hamas di bawah hospital, namun tindakan ini mencetuskan kecaman antarabangsa kerana melibatkan kemudahan perubatan.
  • Sejak awal pagi, sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh dalam serangan di Gaza, menjadikan jumlah korban keseluruhan melebihi 52,000 orang menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Hospital Eropah di Khan Younis menjadi sasaran serangan yang menyebabkan kawah besar terbentuk di kawasan hospital, lapor Al Jazeera.
Tentera Israel mendakwa serangan itu menyasarkan pusat pejuang Hamas yang terletak di bawah hospital berkenaan.
Dalam serangan berasingan, Hospital Nasser di Khan Younis turut dibom, mengakibatkan kematian dua individu, termasuk seorang wartawan yang sedang menerima rawatan.
Pesawat perang Israel menjatuhkan enam bom secara serentak ke atas hospital tersebut, mengenai kedua-dua kawasan dalam dan sekitarnya, menurut sumber tempatan.
Serangan ke atas kemudahan perubatan ini telah mencetuskan kecaman antarabangsa, dengan badan-badan kemanusiaan menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pesakit dan petugas perubatan di Gaza.
Sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak awal pagi ini, dengan angka korban keseluruhan melebihi 52,000 orang, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#angka korban
#Benjamin Netanyahu
#Khan Younis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan