KABUL: Seorang kanak-kanak dilaporkan terbunuh dalam serangan roket yang dilancarkan di kawasan kejiranan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul.

Serangan yang dilancarkan pada Ahad itu mensasarkan kawasan kejiranan Khwaja Bughra.

Visual yang dipaparkan menunjukkan situasi selepas serangan itu yang mana asap kelihatan daripada bangunan di lokasi kejadian.

Ia terletak kira-kira satu kilometer dari lapanan terbang berkenaan.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Khamis lalu satu serangan bunuh diri dilancarkan di Lapangan Terbang Kabul di mana 90 terkorban termasuk 13 anggota tentera Amerika Syarikat.

Kumpulan pengganas Isis-K, sayap Daish Afghanistan mengaku bertanggungjawab atas serangan maut itu.