awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gaza terima 54 jenazah rakyat Palestin, puluhan tinggalan jasad daripada Israel
Menteri Luar Australia pertahan lawatan Presiden Israel, gesa hormati sensitiviti komuniti
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Tunisia: 17 mayat dikenal pasti, pelancong tinggalkan Tunisia

AFP
AFP
28/06/2015
03:17 MYT
Serangan Tunisia: 17 mayat dikenal pasti, pelancong tinggalkan Tunisia
Orang ramai meletakkan bunga di pantai di Hotel Riu Imperial Marhaba di Pelabuhan el Kantaoui pada 27 Jun 2015 bagi memperingati mangsa-mangsa serangan IS. - Foto AFP/Kenzo Tribouillard
Pelancong yang membanjiri Tunisia bertindak meninggalkan negara berkenaan selepas pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh kumpulan militan IS, mengorbankan 38 orang dan gesaan peningkatan kawalan keselamatan.
Negara Afrika Utara itu, yang banyak bergantung kepada industri pelancongan, mengumumkan rancangan untuk menggunakan khidmat tentera di kawasan terbuka dan terdedah serangan dan menutup berpuluh-puluh buah masjid yang didakwa menghasut kumpulan pelampau.
Britain mengesahkan sekurang-kurangnya 15 orang rakyatnya terbunuh dalam kejadian serangan bersenjata di resort Pelabuhan el Kantaoui, dan jumlahnya mungkin akan bertambah. Serangan itu meragut nyawa rakyat Britain paling ramai, semenjak insiden pengeboman London pada tahun 2005.
Kementerian Kesihatan Tunisia telah mengenal pasti 17 mayat warga Britain, Jerman, Ireland, Belgium dan Portugal.
Polis Britain telah menghantar pakar forensik dan penyiasat ke Tunisia dalam usaha membantu mengenal pasti mangsa dan mengumpul bukti.
Penyerang menyembunyikan pistol di dalam payung dan melepaskan tembakan ke atas pelancong, dalam serangan pengganas yang paling dahsyat dalam sejarah Tunisia itu.
Perdana Menteri, David Cameron memberi amaran bahawa Britain perlu bersedia kerana “ramai mangsa yang terbunuh dalam serangan itu ialah warga Britain".
Beliau menambah: "Mereka tidak bersalah, hanya bersantai dan berseronok bersama rakan-rakan dan keluarga mereka."
Semalam kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab dalam serangan mensasarkan musuh kumpulan militan berkenaan, selain mahu menghapuskan sarang maksiat di Pelabuhan el Kantaoui.
BACA: Serangan Tunisia: Militan IS mengaku bertanggungjawab
Serangan tersebut merupakan yang kedua menimpa pelancong asing di Tunisia tahun ini.
Pada Mac lalu, serangan di Muzium Bardo di Tunis membunuh 22 orang, sekali gus menjejaskan industri pelancongan, yang menjadi nadi ekonomi di Tunisia. Ia turut didalangi kumpulan IS.
Topic Berkaitan
#IS
#militan
#Tunisia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan