awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DIPN perkasa industri pertahanan negara, kurangkan kebergantungan pihak luar - Pakar
Pembinaan kiub gergasi Mukaab di Riyadh dihentikan untuk penilaian semula
Thaipusam: 10 laluan utama di Ipoh ditutup, dilencongkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan udara junta Myanmar ragut tiga nyawa

Sinar Harian
Sinar Harian
17/08/2023
01:45 MYT
Serangan udara junta Myanmar ragut tiga nyawa
Serangan udara dilancarkan tentera junta di Sintgaing. - Foto agensi
YANGON: Tiga maut termasuk seorang bayi berusia lapan bulan dalam serangan udara junta Myanmar di sebuah perkampungan di wilayah Sagaing baru-baru ini.
Menurut wakil Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF) yang hanya mahu dikenali sebagai Yakkha, serangan udara itu berlaku di kampung Sintgaing pada Jumaat lalu.
Tambahnya, serangan itu dilancarkan ketika puluhan penduduk melarikan diri selepas sekitar 50 askar Myanmar mendarat di Sungai Ayeyarwady.
Sintgaing telah diserbu sebanyak empat kali sejak rampasan kuasa pada Februari 2021 dalam usaha pihak junta memburu dan melumpuhkan kumpulan pejuang antikudeta.
Dalam insiden berasingan di Perbandaran Salingyi, seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan lima penduduk cedera dalam serangan artileri Tatmadaw.
Lapor Irrawady News, sekitar 7,000 penduduk Salingyi terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk mencari perlindungan di kawasan lain. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#serangan udara
#Junta
#PDF
#Sintgaing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan