Sempena Hari Bumi yang disambut pada setiap 22 April, NASA mengajak penduduk dunia untuk sama-sama terlibat dalam acara #GlobalSelfie.

Tahun 2014 merupakan tahun yang bermakna untuk NASA apabila lima misi yang dikendalikan olehnya bagi mengumpul data-data kritikal mengenai bumi dilancarkan pada tahun ini. NASA memulakan tahun ini dengan satu kempen bergelar Earth Right Now.

Sementara satelit-satelit NASA berterusan memantau aktiviti di bumi dari angkasa lepas, pada hari ini mereka mahu anda merakamkan foto anda di mana saja anda berada. Sebarkan foto itu di media sosial dan sertakan hastag #GlobalSelfie.

Muat turun kad khas di laman web NASA untuk menyertai acara #GlobalSelfie ini.

Hans Yusof bersama kad #GlobalSelfies

Marisa Sahari bersama kad #GlobalSelfies