Skip to main content

Malaysia

Juruteknik maut dipercayai dibunuh di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 20 Jun -- Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan hari ini, berhubung kejayaan Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah dalam empat serbuan di sekitar Johor Bharu yang bernilai RM1.48 juta.  -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
ACP Raub Selamat berkata, polis turut menemukan sebilah pisau di sisi mangsa yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan. - Bernama

JOHOR BAHRU: Seorang juruteknik ditemukan maut dipercayai dibunuh di dalam sebuah rumah pangsapuri di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.12 malam.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki warga tempatan berusia 33 tahun.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia kira-kira 10.50 malam (hari sama),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata polis turut menemukan sebilah pisau di sisi mangsa yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-218 2323 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video