KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York mengadakan sesi khas tergempar mengenai konflik Israel-Gaza pada Khamis.
Laman sesawang PBB menyiarkan secara langsung Sidang Khas Tergempar ke-10 yang bermula pada 10 pagi waktu New York (10 malam waktu Malaysia); dan sehingga laporan ini ditulis, 110 wakil telah disenarai untuk membentangkan kenyataan mereka.
Palestin dijangka menjadi pihak pertama untuk menyampaikan ucapan.
Pada Rabu, Majlis Keselamatan PBB gagal meluluskan dua resolusi untuk menangani krisis kemanusiaan.
China dan Rusia menggunakan kuasa veto untuk mengetepikan draf resolusi yang dibentangkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan resolusi yang disokong Rusia pula gagal memperoleh undi yang mencukupi.
Draf resolusi Rusia yang menggesa pelaksanaan segera gencatan senjata itu ditolak pada Isnin lepas, dan hari Rabu berikutnya, AS memveto resolusi dibentangkan oleh Brazil yang menggesa "humanitarian pauses" untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada jutaan penduduk di Semenanjung Gaza.
Pada Khamis, Kementerian Kesihatan di Gaza dilaporkan berkata angka kematian rakyat Palestin akibat serangan udara tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt meningkat kepada 7,028 orang.
Sejumlah 2.3 juta penduduk kehabisan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api, dan konvoi bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza hanya dapat membawa sebahagian kecil bantuan kemanusiaan yang diperlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Pada Rabu, Majlis Keselamatan PBB gagal meluluskan dua resolusi untuk menangani krisis kemanusiaan.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan NGO dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
OIC kutuk pembunuhan beramai-ramai berterusan Israel di Gaza
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang tragis dan berterusan oleh Israel di Gaza.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah, gesa masyarakat antarabangsa kecam pencerobohan Zionis
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.