awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setelah ramai pesakit COVID-19 pulih, China sumbang peralatan perubatan kepada Malaysia

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
19/03/2020
04:30 MYT
Setelah ramai pesakit COVID-19 pulih, China sumbang peralatan perubatan kepada Malaysia
Sepanduk di lori yang membawa bantuan peralatan perubatan memaparkan ayat "Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni" - Gambar Facebook China Embassy in Malaysia
Setelah lebih 70,000 pesakit COVID-19 dilaporkan pulih di China, negara berkenaan kini mula menghulurkan bantuan kepada negara lain.
Malaysia antara negara terpilih dan dilaporkan puluhan atau ratusan kotak peralatan perubatan dihantar ke Hospital Sungai Buloh.
"Tindakan tanpa berlengah! Penghantaran kumpulan pertama peralatan perubatan dari China kini dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh", kata satu hantaran di laman Facebook China Embassy in Malaysia (Kedutaan China di Malaysia) pada Khamis.
Lapan keping gambar dimuat naik dalam hantaran berkenaan menunjukkan beberapa petugas sedang memasukkan kotak-kotak yang dipercayai mengandungi peralatan perubatan dimasukkan ke dalam lori.
Proses memasukkan berkenaan dipercayai dilakukan di pekarangan Kedutaan China di Malaysia, di Kuala Lumpur.
Apa yang menarik perhatian adalah rentangan sepanduk di lori dengan ayat "Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni".
Turut tertulis di sepanduk adalah "Perangi COVID-19 dengan kerjasama dan perpaduan" dan kesemua ayat berkenaan ditulis dalam bahasa Melayu dan Mandarin.
Setelah dua jam hantaran itu dimuat naik, ia mendapat lebih 5,600 like dan perkongsian dan rata-rata memuji usaha kedutaan itu.
Semalam, laman Facebook berkenaan turut memuatnaik status: "Perangi COVID-19, apabila saya (Duta China ke Malaysia) berasa sedikit lega mengenai keadaan di Tanah Besar China, kini saya mulai bimbang kepada Malaysia. Rakan China akan sentiasa bersama kamu (Malaysia)."
Topic Berkaitan
#China
#china embassy in malaysia
#COVID19
#Facebook
#Hospital
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Melayu
#peralatan perubatan
#perpaduan
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan