KUALA LUMPUR: BDS Malaysia menyokong arahan gesaan kerajaan untuk melarang penggunaan Waze dalam kalangan kakitangan kerajaan dan orang awam untuk menghentikan penggunaan aplikasi nagivasi itu.
Dalam satu kenyataan, BDS Malaysia menyokong seruan kerajaan ini, bagi keselamatan sekuriti negara dan kedaulatan dari terikat kepada undang undang rejim Israel.
Pertubuhan itu turut merujuk kenyataan bersama yang dikeluarkan BDS Malaysia dan 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain pada 6 Oktober 2024, berkaitan perkhidmatan web Amazon Web Services (AWS) dan projek Nimbus.
BDS Malaysia mendakwa pemberian projek kepada AWS di Malaysia, dikhuatiri boleh membuka akses kepada data sensitif kerajaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan negara.
Sehubungan itu, BDS Malaysia menggesa kerajaan mengambil pendekatan yang konsisten dalam menangani isu keselamatan negara dengan menamatkan semua hubungan dan kontrak bersama AWS, selaras dengan pendiriannya berhubung penggunaan Waze.
Kenyataan itu turut menegaskan bahawa tindakan terhadap penggunaan Waze perlu disusuli dengan langkah sewajarnya, berdasarkan kebimbangan yang dibangkitkan pertubuhan berkenaan.