awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Sokongan terhadap PM Anwar meningkat kepada 55 peratus - Merdeka Center
DUNIA
[KOLUMNIS] Niat sebenar Trump adalah ingin ‘jajah’ Iran
HIBURAN
Elite kembali gegar pentas dengan konsert ELITE LIVE ‘25 September depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

Setiausaha Agung PBB suarakan keprihatinan terhadap pemotongan bantuan kepada Rohingya

Bernama
Bernama
15/03/2025
03:10 MYT
Setiausaha Agung PBB suarakan keprihatinan terhadap pemotongan bantuan kepada Rohingya
Guterres dan Muhammad Yunus sebelum menyertai pelarian Rohingya berbuka puasa di Cox's Bazar, Bangladesh, 14 Mac 2025. (Foto AP)
NEW DELHI: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berbuka puasa bersama pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh pada Jumaat sambil menyuarakan kebimbangan serius mengenai pemotongan bantuan kepada lebih sejuta pelarian di Myanmar.
Guterres, yang ditemani Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh, Muhammad Yunus menegaskan bahawa lebih banyak sumber diperlukan bagi menyokong pelarian Rohingya serta komuniti tempatan yang menampung mereka di Cox's Bazar, lokasi penempatan pelarian terbesar di dunia.
Program Makanan Sedunia (WFP) PBB pada 7 Mac memberi amaran bahawa pihaknya terpaksa mengurangkan bekalan makanan bulanan kepada pelarian Rohingya daripada US$12.50 kepada hanya US$6 seorang sekiranya tidak menerima dana segera.
"Kita berada di ambang krisis kemanusiaan yang mendalam dengan pengumuman pemotongan bantuan kewangan oleh beberapa negara. Kita sedang berdepan risiko yang sangat kritikal," kata Guterres.
Beliau menyifatkan lawatannya ke Cox's Bazar sebagai "misi solidariti" sempena Ramadan.
"Berpuasa dan berbuka puasa bersama anda adalah tanda penghormatan saya terhadap agama dan budaya anda. Saya di sini untuk menarik perhatian dunia terhadap nasib - serta potensi - pelarian Rohingya," katanya.
(Foto AP)
(Foto AP)
Guterres menekankan penderitaan berdekad yang dialami Rohingya di Myanmar, namun memuji ketabahan mereka yang wajar mendapat sokongan global.
"Selepas puluhan tahun diskriminasi dan ditindas, kita menyaksikan penghijrahan besar-besaran lapan tahun lalu susulan pembunuhan beramai-ramai di negeri Rakhine," katanya.
Bangladesh menerima ratusan ribu pelarian Rohingya pada Ogos dan September 2017 selepas pasukan keselamatan Myanmar melakukan kekejaman terhadap mereka.
Ketika itu, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Zeid Ra'ad Al Hussein menyifatkan situasi itu sebagai "contoh pembersihan etnik yang klasik".
Tahun lalu sahaja, sekitar 70,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.
REUTERS
REUTERS
Dalam lawatan pertamanya ke Cox's Bazar sejak 2018, Guterres bertemu dengan ramai pelarian, termasuk wanita dan kanak-kanak, di kem Ukhiya.
"Mereka berkongsi kisah penderitaan mereka di Myanmar dan perjalanan getir ke sini. Mereka ingin pulang - Myanmar adalah tanah air mereka.
"Penyelesaian utama kepada krisis ini adalah kepulangan secara selamat, sukarela dan bermaruah," katanya.
Beliau turut menyeru semua pihak yang bertelagah di Myanmar agar melindungi orang awam, menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, mengelakkan hasutan serta membuka laluan ke arah demokrasi.
"Penyelesaiannya mesti dicari di Myanmar. Kita tidak akan berputus asa sehingga keadaan membolehkan kepulangan pelarian secara selamat.
"Sehingga itu, saya menyeru masyarakat antarabangsa agar tidak mengurangkan sokongan kepada pelarian Rohingya," kata Guterres.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#Rohingya
#Cox's Bazar Bangladesh
#pelarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami