awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Perang AS bincang isu Laut China Selatan dengan Menteri Pertahanan China

Bernama
Bernama
31/10/2025
12:29 MYT
Setiausaha Perang AS bincang isu Laut China Selatan dengan Menteri Pertahanan China
Hegseth berkata pertemuan yang diadakan di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Malaysia baru-baru ini berlangsung dengan baik dan membina. - AP
MOSCOW: Setiausaha Perang Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth menyuarakan kebimbangan Washington terhadap tindakan China di Laut China Selatan semasa pertemuannya dengan Menteri Pertahanan China Dong Jun, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Hegseth berkata pertemuan yang diadakan di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Malaysia baru-baru ini berlangsung dengan baik dan membina.
"Saya menekankan kepentingan mengekalkan keseimbangan kuasa di Indo-Pasifik dan menegaskan kebimbangan AS terhadap aktiviti China di Laut China Selatan, sekitar Taiwan, serta terhadap sekutu dan rakan kongsi AS di rantau Indo-Pasifik," kata Hegseth di platform X.
Beliau berkata AS tidak mencari konflik dan akan terus mempertahan kepentingannya di rantau itu dengan tegas.
Taiwan ditadbir secara berasingan daripada tanah besar China sejak 1949. Beijing menganggap pulau itu sebagai wilayahnya, manakala Taiwan yang mempunyai kerajaan sendiri yang dipilih secara demokratik menegaskan yang ia adalah negara autonomi, walaupun tidak secara rasmi mengisytiharkan kemerdekaan. Beijing menentang sebarang hubungan rasmi antara negara asing dengan Taipei dan menganggap kedaulatannya terhadap pulau itu sebagai tidak boleh dipersoalkan.
Ketegangan sekitar Taiwan meningkat pada Ogos 2022 apabila Speaker Dewan Perwakilan AS ketika itu, Nancy Pelosi, melawat pulau itu. Beijing mengecam lawatan Pelosi itu, menyifatkannya sebagai lambang sokongan AS terhadap fahaman pemisahan Taiwan dan bertindak melancarkan latihan ketenteraan besar-besaran di sekitar Taiwan.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
TAG: AS, China, Taiwan, Hegseth, pertemuan menteri pertahanan
Topic Berkaitan
#Pete Hegseth
#pertahanan
#Amerika Syarikat
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan