awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima maut dalam kebakaran di selatan India
RM2.6 juta diperuntuk untuk 37 projek RT Progresif di Kelantan
Aksi "wheelie" di RnR Sungai Bakap: Polis tahan dua lagi individu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shanghai catat rekod suhu tinggi selama 25 hari berturut-turut

Bernama
Bernama
30/08/2025
23:50 MYT
Shanghai catat rekod suhu tinggi selama 25 hari berturut-turut
Gelombang haba berpanjangan tahun ini telah menyebabkan Shanghai mengalami sebanyak 44 hari bersuhu tinggi setakat ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
SHANGHAI: Perbandaran Shanghai di timur China pada Sabtu merekodkan hari ke-25 berturut-turut dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius, memecahkan rekod hampir seabad bagi tempoh suhu tinggi paling lama dalam sejarah bandar raya itu, lapor Xinhua.
Menurut perkhidmatan meteorologi perbandaran, rekod terdahulu ialah 24 hari berturut-turut bersuhu tinggi yang dicatat pada 1926, apabila cuaca panas terik berlarutan dari 22 Julai hingga 14 Ogos.
Gelombang haba berpanjangan tahun ini telah menyebabkan Shanghai mengalami sebanyak 44 hari bersuhu tinggi setakat ini.
Hari pertama bersuhu tinggi tahun ini direkodkan pada 17 Jun, kira-kira 10 hari lebih awal berbanding purata tahun-tahun sebelumnya. Suhu panas pada Ogos amat ketara, dengan Shanghai mencatat 26 hari bersuhu tinggi dalam tempoh 30 hari, menyamai rekod tertinggi bulanan yang direkodkan tahun lepas.
Ahli meteorologi Zhu Xueyan berkata fenomena kepanasan berulang-ulang ini berpunca daripada tingkah laku luar biasa tekanan tinggi subtropika di barat laut Pasifik.
Sistem peredaran tekanan tinggi itu menjadi lebih kuat dan stabil di kawasan Delta Sungai Yangtze sejak awal Ogos, sekali gus mewujudkan keadaan yang kondusif kepada suhu tinggi berterusan, katanya kepada Xinhua.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#gelombang haba
#suhu tinggi
#cuaca panas
#perubahan iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan