awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shinzo Abe ditembak: 'Tindakan ganas yang tidak masuk akal' - PM Singapura

Bernama
Bernama
08/07/2022
08:26 MYT
Shinzo Abe ditembak: 'Tindakan ganas yang tidak masuk akal' - PM Singapura
Lee berkata beliau "sangat terkejut" dengan berita Abe ditembak dalam satu insiden di Wilayah Nara pagi ini. - Gambar fail
SINGAPURA: Insiden tembakan melibatkan bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe adalah satu "tindakan keganasan yang tidak masuk akal", kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Dalam kemas kini Facebook, Lee berkata beliau "sangat terkejut" dengan berita Abe ditembak dalam satu insiden di Wilayah Nara pagi ini.
"Ini adalah tindakan keganasan yang tidak masuk akal. Abe berada dalam keadaan kritikal dan doktor sedang bertungkus lumus menyelamatkannya," tulis Lee.
Dilaporkan Abe, 67, berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak.
Abe sedang berucap dalam satu kempen politik di wilayah itu dan beliau "ditembak dari belakang", pelakunya sudah ditahan.
Kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi waktu tempatan dan jurucakap kerajaan menyifatkan insiden itu "amat dikesali".
"Abe ialah rakan baik Singapura. Saya baru sahaja menghadiri jamuan tengah hari pada Mei, semasa lawatan saya ke Tokyo. Ingatan dan doa saya bersama Abe dan keluarganya," tulis Lee.
Lee turut memuat naik gambar beliau dan Abe ketika melawat Tokyo pada Mei lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shinzo Abe
#tindakan ganas
#Lee Hsien Loong
#PM Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan